Thursday, December 24, 2009

100 Video Youtube terbaik dalam masa 4 minit

0 comments
Ini merupakan kompilasi 100 video terhebat, terbaik, mantap Youtube (yang mencapai hits terbanyak) dalam masa 4 minit. Ia bagi menghormati mereka yang sangat menghargai masa, yang tiada kerja lain selain menonton video online setiap hari. Syabas diucapkan!


Wednesday, December 23, 2009

Kucing Pelik

1 comments
Rilek-rilek berjalan pada hari cuti... lalala... (semakin lama korang tengok..semakin pelik rasanya..)

Monday, December 21, 2009

Adegan Lawak Melampau

0 comments
Kami nih sememangnya peminat apa-apa yang membuatkan seorang tu kelihatan bodoh emm..seperti bermain tennis, bola sepak, golf, letak najis kat bawah kerusi ataupun mengenakan seorang dengan baik sekali..menyakat la konon tu.. Video nih memaparkan adegan-adegan yang sememangnya ingin kita lihat atau buat. Yang pasti ianya membuatkan seseorang tu kelihatan amat bodoh sekali.. yeay I like...



















Sunday, December 20, 2009

Tisu Tandas Kreatif

5 comments
Ini kes kronik nih takde tisu tandas..(tak boleh guna air ker). Lagi kisah pasal tisu tandas.. memang tak habis kalau cerita pasal tisu tandas nih.. Yer ler bukan sekadar untuk mengelap b***** atau apa-apa aje yang nak dilap, ia juga mempunyai banyak kegunaan rupa-rupanya.

1.Butt-Whyy-Per

Sumber

2. Mewarna ikut Nombor

Sumber

3. Tisu Tandas Origami

Sumber

4. Tisu tandas untuk melamar

Sumber

5. Tisu tandas komik

Sumber

6. Tisu tandas Win-doos

Sumber

7. Tisu tandas Soduku

Sumber

8. Tisu tandas 'I Love You'


Sumber




Sunday, December 13, 2009

Siapa kata HODOH?

3 comments

Saksikan sendiri kat website nih. Merupakan galeri yang memaparkan wajah-wajah manusia yang dikatakan hodoh di atas muka bumi ini. Ye ke? Lelaki, wanita dan pasangan hodoh pun ade. macam-macam ade katakan. Korang tengok sendiri la.. Ok ape.. muka diorang nih hodoh ker?
Sumber:
http://www.uglypeople.se


Friday, December 11, 2009

Tiger Woods Sextape

2 comments

Tiger Woods sememangnya nama yang sering hangat diperkatakan bukan sahaja dalam dunia golf malah seluruh dunia mengetahui hubungan sulit beliau dengan ramai wanita simpanan. Kini saban hari jumlah bilangan wanita simpanan beliau kian bertambah.

Senarai wanita yang dikaitkan dengan pemain golf Tiger Woods kini bertambah kepada 13 orang, seperti dilapor majalah Us, walaupun namanya belum dinyatakan, tetapi akan didedahkan sedikit masa lagi. Namun, saya telah berjaya jumpa video seks Tiger Woods melakukan dengan salah seorang gundik nye. Ceh..macam kes skodeng pulak.. Walauapapun skandal ini pasti akan menjadi perbualan orang ramai untuk jangka masa yang panjang... PANAS...

Saksikan video terkini Tiger Woods yang hangat di pasaran.. hehe..


Leaked Tiger Woods Mistress Sex Tape -

Wednesday, December 9, 2009

Kalau Tisu Tandas boleh bercakap..

1 comments
Pelukis Marc Johns telah melukis & mewarna hampir keseluruhan hidupnya. Hasil karya lukisan beliau selalunya jarang-jarang, gaya yang sukar difahami namun spontan lawaknya. Beliau menyatakan karyanya sebagai 'traditionalist' dan 'minimalist', sering melukis atas kertas nota atau apa-apa saja seperti yang kita lihat kat bawah ni dalam tandas di Starbucks. Karya dan buku terkini beliau boleh didapati di marcjohns.com.


Tuesday, December 8, 2009

Kebetulan yang menjadi tanda tanya

2 comments
Ini merupakan koleksi beberapa gambar menarik yang diambil secara kebetulan. Tak perlu 'photoshop'.

Tuesday, November 17, 2009

10 IKLAN PALING PELIK

5 comments
WTF? Itu lah ungkapan yang akan tersembur dari mulut kita bila tengok iklan yang ntah apa ntah la. Iklan ini tak tahu la kalau korang pernah tengok membuat kan anda berhenti seketika dan berfikir, "Apa kejadah diaorang makan bila diaorang buat ni?" hah, inilah iklan dia.. ini baru 10 iklan saya jumpa dan rasakan paling pelik pernah aku tengok..


1.Iklan Starbust


2. Iklan fresh Air Gum


3. Iklan DirectTV


4. Iklan Skittles


5. Iklan McD (ngutik beb)


6. Iklan Pancake Spike


7. Iklan Nissan


8. Iklan Ikea


9. Iklan Lampu Thailand


10. Iklan Mentos

Wednesday, November 11, 2009

Bulan Baru buat TWILIGHT-New Moon

0 comments
Alam Mati sememangnya boleh menjadi suatu tempat yang sukar buat Si Vampire (pontianak), namun ada perkara yang lebih teruk dari itu, lebih dashyat lagi dari Werewolves (Serigala Jadian). Seperti the INLAWS(Keluarga Mertua)! Dan seterusnya episod saga ini bermula hingga bersambung di mana si Tracy berjumpa keluarga vampire Larry dan mengetahui yang darah adalah lebih pekat dari air. Eerr..apa yang ku merapu ni ye...Saksikan.. buat anda yang peminat saga TWILIGHT.

Intercourse With A Vampire, Episode 1

Intercourse With A Vampire, Episode 2

Elizabeth Lambert, Pemain Bola Sepak Wanita yang kena 'BANNED'

1 comments

Pengadil game ni pikir minah ni layak menerima kad kuning je tapi selepas nengok sendiri ulang tayang 'slow motion' terkejut beruk pulak.


Elizabeth Lambert menunjukkan pendekatan 'defender' nye yang memukau semua orang melayakkan dia digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak kolej selepas video aksi minah ni menjadi popular jutaan pengunjung di YouTube.

Video minah 20 tahun ni menunjukkan yang dia menumbuk belakang pemain lawan, memukul dengan siku, menendang bola ke kepala lawan, mengheret lawan dengan 'tackle' yang memerbahaya selain menarik rambut lawan dengan ganas hingga jatuh. Pergh.. dashyat!

Miss Lambert digantung oleh pasukan University of New Mexico ekoran video tersebut. Jutaan orang telah menyaksikan (ni kira termasuk aku nih..)video yang telah dirakam sejak Khamis (5.11.2009) yang lalu.

Pemain wanita ni telah meminta maaf di atas keganasan beliau ketika di padang namun beliau masih lagi boleh dikenakan tindakan disiplin susulan. Well, sekurang-kurangnya ia bukan lakonan tak macam gusti WWE. Ini REAL beb..!

Wednesday, October 14, 2009

10 Babak Berlawan Menarik Paling Mengarut Dalam Sejarah Filem

3 comments
Sememangnya filem 'big bajet' dengan kesan khas & kareografi nya adalah menarik tapi semuanya tidak dapat menandingi citer yang punya babak lawan yang memang buruk (dari citer low bajet ler ni) tetapi menakjubkan tahap tak masuk akal.. Sesetengah pembuat filem dianugerahkan dengan kebolehan yang satu sen pun tidak guna (yang memang tahap buruk habis) tapi menghasilkan sebuah karya yang kira genius jugak ..ala kira kreatif la..

10 Code Of The Dragon - Memang tahap 'Gaban' pergaduhan pakai kerusi roda nih


9 Kibakichi 2 - Ada pulak samurai serigala jadian dalam dunia nih..


8 La Gran Pelea - Ntah aku pun tak paham nih..


7 The Super Ninja - Ntah ninja bodoh mana gaduh kat pantai nih..


9 Deaths Of A Ninja - Ni kes aniya orang kerdil nih


5 Adhisaya Piravi - Rajanikan memang tiada tandingannya.. Luv hin for that


4 They Live - Ntah apa-apa gaduh pasal spek itam..Gaduh 5 minit pulak tu...



3 Riki-Oh - Nih kung fu robek perut orang nih..ganas woo....


2 Bollywood's Biggest Badass - Rajanikan memang Power beb!.



1 Undefeatable - Ntah la..tahap bangang jugak dia orang ni gaduh


Friday, October 9, 2009

Formula Resipi Coca Cola

3 comments

Biarlah Rahsia..itu yang dapat diungkapkan mengenai formula ramuan air minuman yang paling diminati di seluruh dunia sejak sekian lama, Coca Cola.

Apakah Ia?

Ia bukanlah satu kejutan jika sebuah syarikat yang paling banyak mengaut keuntungan menyimpan rahsia formula nya dengan begitu ketat. Walaupun terdapat beberapa ratus syarikat yang meniru, Coke masih mendominasi jualan minuman karamel berwarna di seluruh dunia. Tetapi bukankah ia hanya mengandungi lebih kurang 4 ramuan utama seperti gula, air berkarbonat, kaffien, pewarna dan sebagainya yang sewaktu dengannya?

Ketahuilah, formula tersebut dikawal ketat gila sehinggakan syarikat tersebut menarik diri dari India pada tahun 1970an kerana dimestikan secara perundangan perlu menyenaraikan ramuan rahsia mereka kepada kerajaan India.

Ia juga berjaya melambat-lambatkan kes penceraian seorang waris Coke dengan isterinya yang mahukan sebahagian nota asal moyangnya (pencipta Coca Cola) sebagai sebahagian penjelasan penceraian. Syarikat terpaksa masuk campur dan menghentikannya kerana takutkan nota tersebut mengandungi maklumat berkenaan formula tersebut.

Siapa yang tahu?

Hanya 2 orang eksekutif Coke tahu mengenainya. Hendak dijadikan lagenda kononnya bahawa setiap seorang mereka hanya mengetahui setengah rahsia tersebut tapi ia tidak benar kerana ia diciptakan untuk kempen iklan Coke yang lama.

Bagaimana Ia Dirahsiakan:

Salinan asal ramuan formula tersebut disimpan di Sun Trust Bank di Atlanta yang dirahsiakan. Bagi menutup rahsia tersebut dengan SunTrust, Coke memberi mereka sedikit 48.3 juta pegagangan saham dan juga meletakkan eksekutif dari setiap syarikat duduk dalam lembaga pengarah syarikat masing-masing.

Syarikat Coke memiliki polisi (yang agak paranoid, pelik) untuk rahsia formula tersebut hinggakan kedua-dua eksekutif yang tahu formula tidak boleh menaiki pesawat yang sama.

Ia tetap sia-sia belaka. Mengapa? Coca-Cola ni masih mengekalkan sebahagian perisanya berasal dari pokok coca (diambil dari pokok yang sama menghasilkan kokain.) Memandangkan kontroversi berkaitan dengan isu dadah timbul dari mengimport pokok coca dengan banyaknya hingga memprosesnya secara sah, Coca Cola, satu-satunya syarikat yang diberi kebenaran oleh kerajaan Amerika. Oleh itu, jika pun seseorang berjaya mencuri formula tersebut, mereka masih tidak dapat menghasilkan Coke yang sama. (Makan dadah la korang semua ni..)

Thursday, September 24, 2009

CARTA ALIRAN BAND HEAVY METAL

0 comments
Hmm..menarik untuk dilihat..

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

0 comments
Diucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan & pengunjung blog ini yang beragama Islam. Maaf Zahir Batin!

Saturday, September 12, 2009

Meraikan Hari 'Humping' Sedunia

1 comments
Hmm..ni memang pelik.. & lawak giler beb..'Humping' apa-apa je benda yang ada di depan mata. Di mana-mana & di semua tempat mulakan 'humping' anda. Di sini saya 'humping'kan bersama video mamat ni buat korang 'humping' bersama. Terima kasih kepada “Humping Guy” series di atas video nih. MUST SEE!



Friday, September 11, 2009

Nak Makan 50 meter di Udara?

0 comments
Ada sesiapa yang berminat untuk menikmati pengalaman jamuan hidangan yang unik? Tak kisah la sama ada sarapan pagi, makan tengah hari , makan malam, semua ada (ceh macam promoter indah..).

Jemput la sapa-sapa, ajak bos ka belanja buat mesyuarat sambil menikmati makan di udara pada ketinggian 50 meter dari tanah. Majlis makan ini diurus oleh pengendalian event profesional Benji Fun company.

Ia menyediakan 22 tempat duduk lengkap dengan chef, pemuzik, 'waiter'dan anda boleh pilih sendiri tempat, tanpa batasan. Ia di jamin keslematannya dengan kren yang boleh memuatkan seluruh kumpulan pemuzik atau bagi mereka yang nak buat 'presentation' kepada pelanggan mereka. Sekian, terima kasih.

Oh ya..restoran ini ada di Belgium.

Thursday, September 10, 2009

10 Waktu yang paling tidak sesuai untuk Anda Berkentut

5 comments
Kentut walaupun ia merupakan satu yang lumrah namun ia juga adakalanya menghantui kita pada waktu dan masa yang sememangnya tidak sesuai langsung.

#10 Semasa Kelas Yoga
Walaupun saya tidak mengikuti kelas nih tapi berkentut pada masa ini bukan sahaja merosakkan suasana malah saat ketika tengah fokus merehatkan badan (walaupun sebenarnya kentut ni melegakan). Anda mungkin berfikir kentut dan yoga boleh dilakukan seiring tapi TIDAK bagi peserta yoga lain yang sememangnya Anti Berkentut Ketika Yoga.


#9 Ketika Anda berucap di khalayak ramai
Ya ia memang alasan yang pelik tapi berkentut sewaktu anda tengah berucap di tempat yang dipenuhi ramai orang adalah memudahkan anda untuk hilang kredibiliti. Bayangkan Perdana Menteri tengah berucap pasal perpaduan depan orang ramai tetiba dia selamba je kentut. Hilang respect beb!


#8 Ketika bermain permainan ''Twister''
Anda bayangkan yang anda kini tengah bermain 'Twister' yang menyeronokkan dengan rakan, kebanyakkan punggung(bontot) korang ditengah muka korang sendiri. (Kalau anda sendiri yang bermain, berkentut adalah dibenarkan).


#7 Di dalam Perpustakaan
Dalam perpustakaan SENYAP adalah satu kemestian, WAJIB dan maka itu kebanyakan orang akan menghadapi kesukaran untuk membuat tumpuan(concentrate) apabila dengar je bunyi merdu kentut berkumdang memecah kesunyian. Potong wa cakap lu beb..(Walaupun berkongsi kentut dengan orang lain adalah satu intimasi & perkara yang menakjubkan dalam pengalaman kehidupan seseorang..yeah..smell it!)


#6 Ditengah Mesyuarat Penting Perniagaan
Mesyuarat bisnes ni sepatutnya mengenai 'mengerak sesuatu ke hadapan' namun malangnya berkentut dianggap sebagai tindakan tidak profesional (walaupun selayaknya ia dilakukan sebagai cara yang terbaik untuk mengakhiri mana-mana mesyuarat yang berlangsung agak lama). Tak percaya, boleh coba la..


#5 Semasa Perkahwinan
Mana-mana para pengantin digalakkan untuk berkentut kerana ini hari perkahwinan mereka tapi buat para pengapit tu ia DILARANG sama sekali, jadi korang kena la tahan.


#4 Duduk bersebelahan dengan orang dalam kapal terbang
Peraturan ni saya setuju la berkaitan larangan berkentut dalam kapal terbang. Anda pun pasti TIDAK mahu menghidu haruman kentut sesorang ketika dalam penerbangan. Boleh jadi bangang dibuatnye..


#3 Ketika Anda terkangkang menjalani Pemeriksaan Gynecology (Buat Wanita sahaja)
Walaupun ia adalah kedudukan posisi yang paling sesuai untuk berkentut, tapi tiada seorang doktor pun yang mahu muka mereka menjalani rawatan muka dengan angin kentut.


#2 Di dalam lif yang penuh
Mereka yang berkentut dalam lif ni sama ada 'something wrong' gan otak mereka ataupun gemar melihat orang lain menderita terpaksa menghidu haruman tersebut. Walau apapun ia tidak la baik kecuali ada sorang awek cantik dalam lif tu, tentu seronok kita lihat reaksi dia.


#1 Ketika Pengkebumian
Ada juga yang berpendapat berkentut ikut 'timing' yang cun dikatakan boleh menceriakan suasana tapi berkemungkinan ia adalah masa yang paling tidak sesuai.. terutamanya bila kentut tu bau macam orang mati. Tak sesuai langsung beb..