Sunday, February 15, 2009

Ibu Kembar 8 + 6 Anak

14 comments
video

Nadya Suleman, 33 di Whittier, California US sebelum ini menjadi tatapan yang mengisi dada akhbar di seluruh dunia setelah berjaya melahirkan kembar lapan. Namun, semua itu menjadi hangat bila mana orang ramai mengetahui tentang kehadiran enam lagi anaknya yang terdahulu & bagaimana beliau akan menjaga kesemua 14 anaknya. (kira glamer tahap artis juga la die nih..)

Nadya mendedahkan kesemua 14 anaknya datang daripada ayah yang sama, iaitu David Solomon, sebagai penderma sperma. Solomon tidak pernah ditemui mahupun berhubung dengan Nadya sejak kelahiran kembar lapan itu.

Nadya sememangnya sejak kecil lagi bercita-cita mengidamkan keluarga yang besar.(hmm...) Dengan lahirnya loteri kembar lapan ini dalam keluarga sedia adanya, Nadya bertegas "Saya sudah puas melahirkan anak. Keluarga saya sudah sempurna dan saya tidak mahu apa-apa lagi perubahan."

Gambar Nadya 8 hari sebelum melahirkan loteri kembar 8 nye (oh ye gambar ini mengingatkan saye pada siri kartun MTV’s The Head)

video

Tapi bukan semua orang menyokongnya memiliki sehingga 14 orang anak melalui semaian in-vitro. Nadya sudah menerima 500 ugutan bunuh melalui surat, e-mel dan poster. Malah ada juga yang menjerit-jerit di depan rumah Nadya dengan mengatakan ibu dan anak-anaknya itu patut mati.

Dia juga melancarkan laman web sendiri bagi meminta derma daripada orang ramai The Nadya Suleman Family. Boleh pulak gitu. Nadia kini tinggal & dibantu oleh ibunya Angela, & pembantu rumah, Aracelli. (Think of it, ada orang sanggup buang anak, sedangkan ada orang mahu anak.. entah apa nak jadi da..)

So ,apa pandangan ANDA tentang Nadya & anak-anaknya.

Thursday, February 12, 2009

Gambar Palsu Ular Raksasa dalam Utusan Sarawak

16 comments
(Petikan berita diambil dari frontpage UTUSAN SARAWAK, Rabu 11/02/2009)

Ular Besar Merenangi Sungai Baleh!

Sibu, Selasa - Percaya atau tidak?. Ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu yang memantau keadaan banjir di hulu Batang Rajang disini baru-baru ini terserempak dengan satu makhluk ajaib dipercayai ular besar merenangi sungai terbabit. Bagi mengesahkan kesahihan apa yang ahli jawatankuasa itu lihat adalah ular besar yang sebenarnya, salah seorang daripada mereka menyerahkan gambarnya yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit pada 31 Januari lalu.Gambar itu diambil sekitar jam 5.30 petang di sebatang anak sungai Baleh semasa mereka menaiki helikopter menuju ke hulu Batang Rajang dari sini bagi memantau keadaan banjir di sana. Menurut Chuat Radin, dalam bahasa Iban makhluk ajaib itu mereka kenali sebagai 'Nabau' dan ia kelihatan dengan jelas sekali semasa merenangi sebatang anak sungai Baleh. Beliau menganggarkan ular besar itu sepanjang lebih 100 kaki dan sebesar tong 'drum' minyak dan semasa ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian merakamkan gambar berkenaan keadaan cuaca agak kelam sedikit dan berkabus. Sudah banyak kali mereka menaiki helikopter bagi urusan rasmi ke hulu Batang Rajang dan ini adalah kali pertama mereka terserempak dengan ular sebesar itu, katanya. Menurut Chuat, semasa merakam gambar terbabit helikopter yang dinaiki terbang pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki dan atas sebab itu gambarnya kabur sedikit.


Kawan saye Wilson Malang Anyie (11 Feb 2009) telah memaklumkan pada saye pasal perkara ni (ceh macam infomer lak).. yang ia adalah gambar palsu di mana gambar sebenar di ambil dari Youtube & bukan nya di Baleh seperti yang didakwa dalam berita Utusan S'wk tersebut.

(gambar dari Youtube bertajuk Monster & Strange Creature)

Menurut beliau lagi, pemilik gambar Youtube tersebut ialah Dario, (23 tahun)
dengan username Dante19800000 yang berasal dari Itali. Anda boleh melihat nya sendiri di laman Youtube beliau yang bertajuk Monster & Strange Creature. Jika anda lihat video tersebut, ramai pengunjung telah memberi komen
sejak tahun 2007 lagi. Namun berita Utusan Sarawak yang dilaporkan oleh Ibrahim Ghani (11/2/09) mendakwa ia diambil pada 31/1/09 pada pukul 5.30 petang. Boleh percaya ke?

(Layari laman web Youtube - Coba anda zoom gambar kat area tu..& try amik gambar guna handphone anda..)

Kalau anda tak percaya macam saya, bandingkan gambar dalam Utusan S'wk dengan di Youtube, betul-betul sebijik sama. Anda zoom gambar Youtube itu kemudian cuba ambik gambar melalui handphone.

(Hasil nye sebijik macam kat akhbar nih..)

Hasilnya sama seperti dalam akhbar Utusan S'wk (kononnya diambil dari ketinggian 1,000 kaki..yaah..my ass). Sememangnya gambar itu adalah palsu. FAKE!

(p/s tertanya-tanya macam mana Utusan Sarawak buat kerja & boleh melaporkan berita palsu.)


Slide 3

Friday, February 6, 2009

OBAMICON.ME

26 comments


Ia adalah berdasarkan lukisan hasil artis jalanan Shepard Fairey. Imej tersebut digunakan secara meluas semasa kempen pilihan raya Presiden pada tahun 2008 yang lalu. Hasil dari imej itu juga telah memberi keuntungan besar kepada Fairey hingga beliau kini berdepan dengan tuduhan penyalahgunaan gambar hakmilik Associated Press (AP).

Ya, saudara-saudari sekalian, kini anda juga berpeluang untuk membuat sendiri imej 'Obama' pada mana-mana gambar yang anda suka.




Sila layari ke Obamicon.Me
bagi menghasilkan sendiri gambar anda. Seronok la pulak... Ini adalah sebahagian hasil gambar yang telah di'obamicon'kan.


Pada tahun 3000

15 comments
Apa yang pasti, saya & ANDA sudah tiada lagi pada masa itu. Kita saksikan apa yang bakal ada pada masa tersebut yang tidak sempat kita lihat. Dan yang pasti Huawei juga telah pupus. Oh tedah jaik ati...