Friday, February 5, 2010

CIKGU DAN MURIDNYA

1 comments

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

*Nukilan ehsan dari Mohd. Roslan Hassan.. (bak katanya.. bodow dak tok bah..)

Thursday, February 4, 2010

10 Jenis Tatoo GILA!

0 comments
1. Tatu Rambut

Adakah anda mengalami keguguran rambut? Di UK sebuah syarikat HiStyl menggunakan apa yang digambarkan sebagai perubatan tatu untuk menunjukkan rambut yang dicukur atau pendek. Syarikat berkenaan mengumukan melalui blog nya bahawa wakil mereka akan pergi ke San Francisco dan Florida untuk memasarkan teknik tersebut. Prosedurnya mengambil masa 3 jam untuk selesai dan memerlukan mengikuti sesi lanjutan. (link)

2. Tatu Aksesori

Jika anda tidak mempunyai wang untuk membeli cermin mata, usah bimbang.. anda hanya perlu tatukannya atas muka anda. Taraa.. Mudahkan!(link)

3. Tatu dalam bibir

Tatu nih memang unik.. ia terletak di bawah belakang bibir.. dan selalunya ia hanya satu dan dua perkataan saje.. (link)

4. Tatu Lampu Flourescent

Tatu menarik ini juga dikenali ink UV atau ink black light yang menyala di tempat gelap. Cool..! (link)

5. Tatu Lidah

Ouch..Tatu jenis ni paling menyakitkan.. Dan ia menjadi trend kini disamping terdapat pelbagai design untuk anda ekspresikan diri anda.. Ia turut juga diserta dengan pelbagai perisa seperti vanila, coklat atau bawang putih.. (link)

6. Tatu Gigi

Ni pun kira pelik juga .. Ia bermula dan dihasil oleh seorang doktor gigi, Steve Heward . Dan anda boleh memiliki tatu di gigi anda dengan harga dari USD 75 hingga USD 200 dengan pelbagai design seperti Mickey mouse, Elvis dan macam-macam lagi la..(link)

7. Tatu Lelangit

Ni tatu yang memang jarang orang buat..ntah apa kes mamat sorang nih gila buat. (link)

8. Tatu Biji Mata


Wow.. ni tatu paling pelik la.. Ia dibuat pada kornea biji mata anda seperti yang kita lihat mamat ni yang mula-mula jadi bahan uji kaji, David Boltjes yang dilakukan oleh rakan sepenjaranya ke atas mata nya.. Ia merupakan trend baru so.. tak payah guna kontek lens lagi yer..(link)

9. Tatu Kucing

Tatu yang kontroversi ini telah dilakukan ke atas kucing nih oleh pemiliknya.. ish..ish..kesian pulak kan..(link)

10. Tatu Babi
Nih pun lagi satu pelik.. Wim Delvoye telah mentatukan babi-babinya sejak 1990-an jadi tak payah nak heran la kan.. memang seni babi la kan..(link)