Wednesday, November 11, 2009

Elizabeth Lambert, Pemain Bola Sepak Wanita yang kena 'BANNED'

Pengadil game ni pikir minah ni layak menerima kad kuning je tapi selepas nengok sendiri ulang tayang 'slow motion' terkejut beruk pulak.


Elizabeth Lambert menunjukkan pendekatan 'defender' nye yang memukau semua orang melayakkan dia digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak kolej selepas video aksi minah ni menjadi popular jutaan pengunjung di YouTube.

Video minah 20 tahun ni menunjukkan yang dia menumbuk belakang pemain lawan, memukul dengan siku, menendang bola ke kepala lawan, mengheret lawan dengan 'tackle' yang memerbahaya selain menarik rambut lawan dengan ganas hingga jatuh. Pergh.. dashyat!

Miss Lambert digantung oleh pasukan University of New Mexico ekoran video tersebut. Jutaan orang telah menyaksikan (ni kira termasuk aku nih..)video yang telah dirakam sejak Khamis (5.11.2009) yang lalu.

Pemain wanita ni telah meminta maaf di atas keganasan beliau ketika di padang namun beliau masih lagi boleh dikenakan tindakan disiplin susulan. Well, sekurang-kurangnya ia bukan lakonan tak macam gusti WWE. Ini REAL beb..!

1 comment:

Golden girl said...

bukan main ganas lagi minah tu...yep,patut kene banned