Wednesday, March 4, 2009

Rambut, Hidung, Ketiak

RAMBUT
Pada suatu hari, dua rakan bertemu di sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka.
Wah, sangat lawa! Awak guna teknik rebonding ya?"
"Uhhh, tak."
"Nampak macam teknik rebonding..."
"Uhhh, sebenarnya teknik rebonding tu apa?"
"Uhhh, saya pun tak tau..."
"Erm."
"Rambut awak sangat lawalah, boleh saya jilat?"
Selepas hari itu, mereka tidak dapat bertemu lagi kerana salah seorang daripada mereka terjun ke dalam sungai, lalu mati lemas.

Ini Iklan Syampu

HIDUNG


Sebenarnya tidak perlu diulas lagi tentang kehebatan hidung. Ramai pun yang sudah biasa dengan manfaat yang diberikan oleh hidung. Hidung terletaknya di tengah-tengah muka diantara mata dan mulut dan boleh dikenali dengan lubangnya yang berjumlah dua.

Hidung membolehkan kita untuk menghidu bau-bauan yang berbeza tetapi itu hanyalah kebaikan yang sekunder. Kebaikan paling penting hidung ialah membenarkan kita mengisi masa-masa lapang dengan mengorek hidung.

Huawei...Weeeekkk...

Ah... tiada apa di dunia ini yang lebih melegakan daripada mengorek hidung (kecuali mungkin membuang air besar & kecil dan sewaktu dengannya). Mengorek hidung boleh dilakukan di mana-mana sahaja maupun di rumah, sekolah atau di pejabat. Anda boleh mengorek hidung dalam kereta semasa terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas ataupun anda boleh mengorek hidung sambil bermain seremban ataupun playstation.

KETIAK

Ini ialah ketiak HUAWEI..eeww..

Pengawasan yang lebih rapi perlu diambil jikalau ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ketiak busuk.

Ketiak busuk berada di merata-rata tempat dan bukan sahaja di kampus UNIMAS mahupun UITM. Tidak kisah di mana anda berada, biarpun pasar malam, pondok bas ataupun restoran mamak; di tempat-tempat ini boleh ada seorang atau dua pengganas gerila yang menggunakan senjata paling dahsyat di seantero dunia sejagat ini -- ketiak yang busuk.

hmm..boleh tahan

Langkah-langkah awal untuk mencegah gejala ketiak busuk ialah jgn berpeluh...hmm..terpaksa la anda di dalam bilik berhawa dingin kalau tidak pun membawa kipas di mana-mana bagi mengeringkannnya.

Langkah-langkah ini akan mengurangkan keadaan di mana kebusukan ketiak akan berlaku. Mari kita berusaha bersama-sama untuk mencegah gejala ketiak busuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.



2 comments:

ebeez82 said...

sik fhm kmk huawei...pa ceta kitak tok...nang ceridak HUAWEI the POTATOWEI tok eh....ewwwwww....yuck!!!

InBliss said...

kamek pun x paham.. anda mmg HUAWEI...