1. Bigfoot: World's Biggest Monster Truck
Bigfoot 5 adalah trak raksasa yang paling besar & berat di dunia. Ia memiliki badan 1996 Ford F250 pickup dengan 460 inci V8 kuasa. Berat Bigfoot 5 ialah 28,000 lbs dengan ketinggian15 kaki 6 inci. Tayar gergasinya berasal dari kereta api darat Alaska iaitu kenderaan yang digunakan oleh tentera US pada tahun 1950'an.
2. Thrust SSC: bergerak lebih 750 batu sejam
Thrust SSC (Super Sonic Car) dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce 205 Turbojet seberat 25,000 lb thrust. Ia memberikan kuasa maksimum seumpama sebanyak 145 buah kereta lumba Formula 1. Thrust SSC seberat 10 tan dan pernah direkodkan mencapai kelajuan maksimum 766 mph di padang pasir Black Rock Nevada, USA pada 15 Oktober 1997.
3. Eclectic: kenderaan tenaga automatik pertama di dunia
Ia dikatakan kenderaan ciptaan pertama di dunia yang menjana tenaga secara automatik. Eclectic, Venturi dilengkapkan dengan panel solar dan turbin angin bagi membolehkannya menjana tenaga. Ia juga mempunyai soket bagi tujuan caj semula manakala panel serta turbin tersebut hanya mampu mencapai 14 batu sehari. Menurut Venturi, Eclectic berharga $31,500.
4. Mattrack Truck: Kereta Ski
Ia merupakan trak biasa di mana rodanya ditukar dengan mattrack belts. Syarikat Mattrack berupaya membuat mana-mana kenderaan 4×4 dari ATV hingga 20 tan trak. Belt yang pendek tersebut membolehkan trak Mattrack dipandu hampir ke semua tempat kecuali tempat bersalji yang dalam. Ini memerlukan belt yang lebih panjang seperti terdapat pada Piston Bully.
5. Peugeot Capsule: Kereta pod pelepas

6. Evolution: Kereta Super Mesra Alam

7. LEGO F1: Kereta lumba Ferrari

8. Peel 50: Kereta terkecil di dunia

9. Limosin Terpanjang di dunia

10. Dream Car 123: Kereta piramid elektrik
Apakah yang beratnya 8,000 pound, dihidupkan dengan wang syiling dan rupanya seperti piramid di Egypt? Dream Car 123! Rupanya mungkin seperti piramid, namun rangkanya seperti kereta kebal dan menyala seperti warna neon pada waktu malam. Yang menariknya ia dijana melalui elektrik dengan caj semula selama 3.5 jam membolehkannya dipandu hingga 240 batu dengan kelajuan hingga 40 mph. Penciptanya Greg Zanis telah mereka satu menara bagi menjana tenaga solar dan angin bagi mencaj semula kenderaan tersebut.
11. Colim: Caravan mudah pisah
Colim, kenderaan baru yang dicipta oleh Christian Susana, merupakan kombinasi yang menarik di antara kereta dan juga caravan. Di bahagian hadapannya, kenderaan unik yang boleh dipisahkan untuk 2 penumpang. Rupa Colim mungkin kurang menarik namun ia sangat berguna dengan fleksibiliti yang dimilikinya.

11. Colim: Caravan mudah pisah

12. Jet-powered Flatmobile: Kereta paling leper di dunia
"Flatmobile" akan dicatat dalam buku Guinness sebagai kereta paling leper di dunia. Lepernya berukuran 19 inci dan dikatakan dibenar berada di jalan raya. Rupanya seperti Batmobile- merupakan kenderaan yang sangat berbahaya—penciptanya Perry Watkins menyumbat turbin gas di belakang kenderaan tersebut.

No comments:
Post a Comment