Thursday, February 12, 2009

Gambar Palsu Ular Raksasa dalam Utusan Sarawak

(Petikan berita diambil dari frontpage UTUSAN SARAWAK, Rabu 11/02/2009)

Ular Besar Merenangi Sungai Baleh!

Sibu, Selasa - Percaya atau tidak?. Ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian Sibu yang memantau keadaan banjir di hulu Batang Rajang disini baru-baru ini terserempak dengan satu makhluk ajaib dipercayai ular besar merenangi sungai terbabit. Bagi mengesahkan kesahihan apa yang ahli jawatankuasa itu lihat adalah ular besar yang sebenarnya, salah seorang daripada mereka menyerahkan gambarnya yang dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit pada 31 Januari lalu.Gambar itu diambil sekitar jam 5.30 petang di sebatang anak sungai Baleh semasa mereka menaiki helikopter menuju ke hulu Batang Rajang dari sini bagi memantau keadaan banjir di sana. Menurut Chuat Radin, dalam bahasa Iban makhluk ajaib itu mereka kenali sebagai 'Nabau' dan ia kelihatan dengan jelas sekali semasa merenangi sebatang anak sungai Baleh. Beliau menganggarkan ular besar itu sepanjang lebih 100 kaki dan sebesar tong 'drum' minyak dan semasa ahli Jawatankuasa Bencana Bahagian merakamkan gambar berkenaan keadaan cuaca agak kelam sedikit dan berkabus. Sudah banyak kali mereka menaiki helikopter bagi urusan rasmi ke hulu Batang Rajang dan ini adalah kali pertama mereka terserempak dengan ular sebesar itu, katanya. Menurut Chuat, semasa merakam gambar terbabit helikopter yang dinaiki terbang pada ketinggian kira-kira 1,000 kaki dan atas sebab itu gambarnya kabur sedikit.


Kawan saye Wilson Malang Anyie (11 Feb 2009) telah memaklumkan pada saye pasal perkara ni (ceh macam infomer lak).. yang ia adalah gambar palsu di mana gambar sebenar di ambil dari Youtube & bukan nya di Baleh seperti yang didakwa dalam berita Utusan S'wk tersebut.

(gambar dari Youtube bertajuk Monster & Strange Creature)

Menurut beliau lagi, pemilik gambar Youtube tersebut ialah Dario, (23 tahun)
dengan username Dante19800000 yang berasal dari Itali. Anda boleh melihat nya sendiri di laman Youtube beliau yang bertajuk Monster & Strange Creature. Jika anda lihat video tersebut, ramai pengunjung telah memberi komen
sejak tahun 2007 lagi. Namun berita Utusan Sarawak yang dilaporkan oleh Ibrahim Ghani (11/2/09) mendakwa ia diambil pada 31/1/09 pada pukul 5.30 petang. Boleh percaya ke?

(Layari laman web Youtube - Coba anda zoom gambar kat area tu..& try amik gambar guna handphone anda..)

Kalau anda tak percaya macam saya, bandingkan gambar dalam Utusan S'wk dengan di Youtube, betul-betul sebijik sama. Anda zoom gambar Youtube itu kemudian cuba ambik gambar melalui handphone.

(Hasil nye sebijik macam kat akhbar nih..)

Hasilnya sama seperti dalam akhbar Utusan S'wk (kononnya diambil dari ketinggian 1,000 kaki..yaah..my ass). Sememangnya gambar itu adalah palsu. FAKE!

(p/s tertanya-tanya macam mana Utusan Sarawak buat kerja & boleh melaporkan berita palsu.)


Slide 3

15 comments:

ebeez82 said...

dah takda story bah Huawei..ermm advance juak owh..11 March 2009 hehe..bulan tok baru Februari bah Huawei hihihihi....

InBliss said...

aok la huawei.. error ma..
tenet mala slow.. ya saruk..

ebeez82 said...

hehe...advance weh haha..its ok..u can edit it again bah..nang huaweian hahah....

InBliss said...

ye..ande sememangnye HUAWEI...

InBliss said...

nang kaki chong utusan tuk..

ebeez82 said...

I dont read Utusan Sarawak..cerita nya basi huhhuh...masa cerita 2 hari udah report baru gago mok mereport...sik relevan alu..

Iamami said...

apahal sidak US ya sidak bahan berita gik kah nak 'fake' thing up....lubang pu na. mintak di'anok kah? aih

InBliss said...

yah bok ko tauk.. dak ya nang nya..pembulak.. sot... nak molah duit jak2..

alp..c.m.t said...

ptt d saman cdak Utusan coz ngeluar cta bulak...cdak mesti check dolok cta ya...cdak x fikir pa kesan ngan penddk d kawasan ya kh...mesti cdak dlm keadaan tkut!!!!

izwan185 said...

betul ke ni buat aku rasa semacam aje
kalau betul2 ular kita terpaksa bunuh ular tu kalau tidak habislah semua.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
bulan said...

mungkin bkn slh media kot tp slh org yg mnyebarkan mklumat ya kpd media. tp pihak media prlu kaji n slidik la sm da pkara ya bna @ sik.

waja said...

Bangang punya editor Utusan Sarawak tu, Sungai Balleh mana ada air hitam macam tu, air sungai Balleh coklat ler akibat dari pembalakan.
Memang bangang orang di Utusan Sarawak, sapa yg beli Utusan Sarawak pun bangang macam dia orang his paloi!!!

terry said...

sbnarnya nabau mmang wujud di kwsan borneo dri zman dlu smpai skrng tpi klau anda buat ssuatu yng x msuk akal smsa msuk htan anda akan...rnung2knlah slmat brmal...

,.,. said...

http://www.youtube.com/watch?v=1LDPlXX8hQM&feature=related

mmg youtube...tapi tajuknye??BORNEO,,lu la kaki temberang bai