Korang rasa pelik ker? Berikut adalah 20 nama unik anak selebriti.
1. Kingston dan Zuma
1. Kingston dan Zuma
Pasangan rocker Gwen Stefani dan Gavin Rossdale memberikan nama untuk kedua-dua anak mereka, Kingston James McGregor dan Zuma Nesta Rock. Belum ada pernyataan rasmi daripada pasangan itu mengenai mengapa nama Kingston dipilih. Namun untuk nama Zuma Nesta Rock, Gwen mengaku mendapat inspirasi daripada anggota kumpulan dalam No Doubt, Tom Dumont. Nama itu juga diambil daripada nama pantai di Malibu. Nesta pula adalah nama asli legenda muzik reggae, Bob Marley yang dikaguminya.
2. Bronx Mowgli
2. Bronx Mowgli
Pasangan selebriti Ashlee Simpson dan Pete Wentz membuat orang terkejut apabila menamakan anak mereka Bronx Mowgli. Nama unik itu pernah tersenarai dalam nama anak paling buruk pada 2008. Wentz menjelaskan nama Mowgli dipilih kerana mendapat ilham daripada karakter dalam siri ‘Jungle Book’. Nama anak yang lahir pada Khamis, 20 November 2008, itu juga dikenali sebagai nama salun di London.
3. Apple
3. Apple
Gwyneth Paltrow dan suami, Chris Martin memberi nama unik untuk anak sulung mereka. Anak perempuan yang lahir pada 14 Mei 2004 itu diberi nama Apple Blythe Alison Martin. Martin memberikan nama itu ketika Gwyneth bercerita mengenai pemilihan nama anak. Ketika hampir bersalin, Martin memimpikan seorang bayi perempuan yang akan diberi nama Apple. Menurutnya, nama yang diambil sempena nama buah itu terdengar begitu manis.
4. Poppy Honey, Daisy Boo, Rainbow Petal Blossom, Bear Buddy
4. Poppy Honey, Daisy Boo, Rainbow Petal Blossom, Bear Buddy
Artis yang pandai memasak, Jamie Oliver memiliki empat anak yang mempunyai nama sangat unik. Jamie mengaku isterinya, Jools memberi nama kepada semua anak mereka.
5. Egypt Daoud Dean
5. Egypt Daoud Dean
Pasangan penyanyi, Alicia Keys dan penyanyi rap, Swizz Beatz menamakan anak pertama mereka Egypt Daoud Dean. Anak yang lahir pada 14 Oktober 2010 itu memang mempunyai nama sangat unik. Egypt Daoud Dean dipilih sempena nama negara asal Firaun, Mesir, manakala Daoud pula adalah sebutan bahasa Arab untuk David.
6. Audio Science
6. Audio Science
Artis Shannyn Sossaman mengaku tidak mahu memberi nama untuk anaknya. Dia hanya ingin memberikan sebuah kata. Beberapa kriteria nama dicari oleh bintang ‘40 Days and 40 Nights’ itu. Akhirnya, dia dan kekasihnya memanggil anak mereka dengan sebutan Science. Asalnya mereka ingin memberikan nama Simon tetapi nama itu dianggap membosankan.
7. Story Elias
7. Story Elias
Jenna Elfman dan suaminya, Bodhi menamakan anak mereka, Story Elias. Menurutnya, ketika hamil, Bodhi selalu memberitahu ingin menamakan anak mereka, Story Elias Elfman. Nama anak yang dilahirkan pada 23 Julai 2007 itu memang diperoleh secara tidak sengaja.
8. Pilot Inspektor
8. Pilot Inspektor
Jason Lee memang aneh kerana memberikan nama anaknya Pilot Inspektor. Dia mendapat inspirasi daripada kumpulan Grandaddy. Lirik dalam satu daripada lagu kumpulan itu menyebut “He’s Simple, He’s Dumb, He’s the Pilot.” Dia kemudian menamakan anaknya Pilot.
9. Suri
9. Suri
Suri adalah nama asing bagi orang Barat. Suri bermakna mawar merah dalam bahasa Parsi atau puteri dalam bahasa Ibrani. Nama anak perempuan pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes yang lahir pada 18 April 2006 itu cukup unik.
10. Harlow Winter Kate, Sparrow James Midnight
10. Harlow Winter Kate, Sparrow James Midnight
Nicole Richie dan Joel Madden mengaku mereka memiliki selera berbeza dalam pemilihan nama untuk anak. Harlow Winter dipilih Joel kerana makna yang klasik. Menurutnya, Winter adalah musim damai dan tenang manakala Sparrow diinspirasi daripada watak lanun terkenal, Kapten Jack Sparrow. Menurutnya, keperibadian Jack Sparrow membuatnya terpukau hingga dia mengabadikan pada anaknya.
11. Alabama Gypsy Rose
11. Alabama Gypsy Rose
Drea de Matteo dan penyanyi country, Shooter Jennings tidak pernah terfikir untuk menamakan anak mereka dengan nama hippie tetapi kelihatannya perwatakan si cilik itu semakin bersesuaian dengan namanya.
12. Ever Gabo
12. Ever Gabo
Milla Jovovich dan Paul Anderson mempunyai penjelasan tersendiri apabila memilih nama Ever Gabo untuk anak mereka. Menurut Milla: “Ever adalah nama budak lelaki dalam bahasa Scotland dan disebabkan Anderson mempunyai darah Scotland, kami menamakan anak kami dengan nama itu bagi menunjukkan asal keturunannya. Gabo pula adalah gabungan nama ibu bapa saya.”
13. Ikhyd Edgar Arular
13. Ikhyd Edgar Arular
Penyanyi M.I.A berang apabila media melaporkan nama anaknya adalah Ickitt. Dia menulis dalam laman blognya: “Nama anak saya bukan Ickitt, Pickit atau Lickit, terima kasih kepada semua media Hollywood. Dia hanya bayi dan dia tidak memerlukan liputan media. Nama sebenarnya akan diumumkan kelak.”
14. Journey Jette & Jesse Jameson
14. Journey Jette & Jesse Jameson
Jenna Jameson dan Titi Ortiz tidak pasti bagaimana mendapat nama bagi kembar mereka.
15. Kyd
15. Kyd
David Duchovny dan Tea Leoni menamakan anak mereka Kyd sempena nama penulis, Thomas Kyd.
16. Sunday Rose
16. Sunday Rose
Nicole Kidman dan Keith Urban berkata mengenai nama unik anak mereka: “Ahad adalah hari kegemaran kami. Jika anda kesunyian, Ahad adalah hari yang sunyi dan jika anda gembira kerana keluarga di sisi anda, Ahad adalah hari yang indah.”
17. Phinnaeus, Hazel
17. Phinnaeus, Hazel
Julia Roberts menjelaskan mengenai nama kembarnya: “Hazel adalah nama orang lama. Untuk anak lelaki pula, suami saya mahu menamakannya Finn tetapi saya kurang menggemarinya kerana seperti nama gelaran. Jadi, kami memilih nama yang sempurna dan memanggilnya Finn.”
18. Poet Sienna Rose & Jagger Joseph Blue
18. Poet Sienna Rose & Jagger Joseph Blue
Soleil Moon Frye tidak kecewa dengan nama eksotik anaknya. Dia memberitahu mengenai nama anaknya: “Kami mahu jantina anak menjadi kejutan dan ingin memilih nama yang sesuai untuk kedua-dua jantina. Saya sukakan nama Blue.”
19. Tallulah, Scout, Rumer
19. Tallulah, Scout, Rumer
Demi Moore dan Bruce Willis merujuk kepada tulisan kesusasteraan bagi nama dua anak perempuan mereka. Scout dipilih daripada nama watak dalam buku To Kill a Mockingbird dan Rumer sempena nama penulis Britain, Rumer Godden.
20. Coco
20. Coco
Courteney Cox mahu menamakan anaknya Courteney Cox Arquette tetapi dihalang suaminya, David Arquette kerana menyalahi tradisi. Jadi, mereka memilih Coco (nama gelaran Courtney ketika kecil).
Pelik kan?
No comments:
Post a Comment