Apakah Ia?
Ia bukanlah satu kejutan jika sebuah syarikat yang paling banyak mengaut keuntungan menyimpan rahsia formula nya dengan begitu ketat. Walaupun terdapat beberapa ratus syarikat yang meniru, Coke masih mendominasi jualan minuman karamel berwarna di seluruh dunia. Tetapi bukankah ia hanya mengandungi lebih kurang 4 ramuan utama seperti gula, air berkarbonat, kaffien, pewarna dan sebagainya yang sewaktu dengannya?
Ketahuilah, formula tersebut dikawal ketat gila sehinggakan syarikat tersebut menarik diri dari India pada tahun 1970an kerana dimestikan secara perundangan perlu menyenaraikan ramuan rahsia mereka kepada kerajaan India.
Ia juga berjaya melambat-lambatkan kes penceraian seorang waris Coke dengan isterinya yang mahukan sebahagian nota asal moyangnya (pencipta Coca Cola) sebagai sebahagian penjelasan penceraian. Syarikat terpaksa masuk campur dan menghentikannya kerana takutkan nota tersebut mengandungi maklumat berkenaan formula tersebut.
Siapa yang tahu?
Hanya 2 orang eksekutif Coke tahu mengenainya. Hendak dijadikan lagenda kononnya bahawa setiap seorang mereka hanya mengetahui setengah rahsia tersebut tapi ia tidak benar kerana ia diciptakan untuk kempen iklan Coke yang lama.
Bagaimana Ia Dirahsiakan:
Salinan asal ramuan formula tersebut disimpan di Sun Trust Bank di Atlanta yang dirahsiakan. Bagi menutup rahsia tersebut dengan SunTrust, Coke memberi mereka sedikit 48.3 juta pegagangan saham dan juga meletakkan eksekutif dari setiap syarikat duduk dalam lembaga pengarah syarikat masing-masing.
Syarikat Coke memiliki polisi (yang agak paranoid, pelik) untuk rahsia formula tersebut hinggakan kedua-dua eksekutif yang tahu formula tidak boleh menaiki pesawat yang sama.
Ia tetap sia-sia belaka. Mengapa? Coca-Cola ni masih mengekalkan sebahagian perisanya berasal dari pokok coca (diambil dari pokok yang sama menghasilkan kokain.) Memandangkan kontroversi berkaitan dengan isu dadah timbul dari mengimport pokok coca dengan banyaknya hingga memprosesnya secara sah, Coca Cola, satu-satunya syarikat yang diberi kebenaran oleh kerajaan Amerika. Oleh itu, jika pun seseorang berjaya mencuri formula tersebut, mereka masih tidak dapat menghasilkan Coke yang sama. (Makan dadah la korang semua ni..)
3 comments:
coke is good! =D
kenwooi.com
Yes, coke is good!
hahahaha... kiranya, coke adalah dadah yang dihalalkan la yek..
Post a Comment