Masa berubah, maksud sesuatu perkataan juga berubah. Walau apa pun alasannya, beberapa tahun sebelum ini pengusaha produk pernah menghasilkan produk yang mempunyai jenama yang teruk dan kurang bernasib baik untuk bertahan di pasaran walaupun ia tidak terdapat di negara kita tapi ia sememangnya melucukan untuk tidak diperkatakan.
1. Ayds diet candy
Anugerah jenama produk paling teruk sepanjang masa harus diberikan kepada Ayds, gula-gula penahan selera makan yang mendapat pasaran yang baik sekitar 1970-an dan awal 80-an — hingga la ia berbunyi seperti penyakit AIDS yang kita ketahui hari ini. Pada tahun 1988, jualan Ayds menerima kesan yang teruk hingga memaksa syarikat mengubah jenamanya kepada “Diet Ayds” malah menjadi lebih teruk hinggalah ia berhenti dipasarkan. Slogan bagi produk tersebut sering dijadikan jenaka seperti "Ayds helps you lose weight, Why take diet pills when you can enjoy Ayds?" atau "Thank Goodness For Ayds!" Saksikan iklan klasiknya:
2. The Golden Gaytime Bar
Aiskrim Gaytime telah terjual di New Zealand sejak beberapa dekad, dan menggunakan strategi pemasaran yang bijak hingga mempopularkan perkataan "gay” sebelum ia membawa maksud yang lain. Saksikan iklan Gaytime (”it’s so hard to have a gaytime on your own!”) —
Dan ini merupakan iklan terbaru Gaytime, yang mempersendakan jenama mereka sendiri:
3. Barf detergent
Barf adalah sabun dan pencuci pakaian dari Iran. Dalam bahasa Parsi, “barf” bermaksud salji. Anda juga boleh membasuh pinggan mangkuk dan rambut anda dengan Barf. Hehe..
4. Sars soft drinkSyarikat Australia iaitu Golden Circle telah sekian lama memasarkan air minuman perasa caramel Sarsaparilla, atau nama singkatan produknya “Sars". Percaya atau tidak apabila SARS melanda pada tahun 2003 jualan juga Sars meningkat. Wow menakjubkan!
5. Shitto
Produk dari Ghana merupakan kuah yang diperbuat dari cili kering, ikan bakar kering, udang kering, beberapa jenis rempah seperti halia, bawang tomato dan perasa. Memandangkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Ghana, jenama tersebut nampaknya tidak menjadi masalah di situ. Ain't that a shit!
6. Pee ColaSatu lagi produk dari Ghana, tempat di mana anda dihidangkan dengan Shitto dan minum Pee.Haiya..
7. Fart Bars Fart bars adalah gula-gula berasal dari Eastern Europe. Patut pun namanya gitu..sedap dan harum kot..
8. Wack Off Insect Repellent
Satu lagi produk Australia, krim penghalau serangga Wack Off yang dipasarkan sebagai “tahan tropika, gel kalis air — seperti yang digunakan oleh tentera!”
1 comment:
geli la plak
Post a Comment