1. Bigfoot: World's Biggest Monster Truck
Bigfoot 5 adalah trak raksasa yang paling besar & berat di dunia. Ia memiliki badan 1996 Ford F250 pickup dengan 460 inci V8 kuasa. Berat Bigfoot 5 ialah 28,000 lbs dengan ketinggian15 kaki 6 inci. Tayar gergasinya berasal dari kereta api darat Alaska iaitu kenderaan yang digunakan oleh tentera US pada tahun 1950'an.
2. Thrust SSC: bergerak lebih 750 batu sejam
Thrust SSC (Super Sonic Car) dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce 205 Turbojet seberat 25,000 lb thrust. Ia memberikan kuasa maksimum seumpama sebanyak 145 buah kereta lumba Formula 1. Thrust SSC seberat 10 tan dan pernah direkodkan mencapai kelajuan maksimum 766 mph di padang pasir Black Rock Nevada, USA pada 15 Oktober 1997.
3. Eclectic: kenderaan tenaga automatik pertama di dunia
Ia dikatakan kenderaan ciptaan pertama di dunia yang menjana tenaga secara automatik. Eclectic, Venturi dilengkapkan dengan panel solar dan turbin angin bagi membolehkannya menjana tenaga. Ia juga mempunyai soket bagi tujuan caj semula manakala panel serta turbin tersebut hanya mampu mencapai 14 batu sehari. Menurut Venturi, Eclectic berharga $31,500.
4. Mattrack Truck: Kereta Ski
Ia merupakan trak biasa di mana rodanya ditukar dengan mattrack belts. Syarikat Mattrack berupaya membuat mana-mana kenderaan 4×4 dari ATV hingga 20 tan trak. Belt yang pendek tersebut membolehkan trak Mattrack dipandu hampir ke semua tempat kecuali tempat bersalji yang dalam. Ini memerlukan belt yang lebih panjang seperti terdapat pada Piston Bully.
5. Peugeot Capsule: Kereta pod pelepas
Kini pereka Alp Germaner telah mereka pod pelepas yang tiada dipandu di jalan raya. Sebelum ini "Peugeot Capsule” kenderaan elektrik ''off road' untuk seorang penumpang yang diinspirasi daripada motosikal KLR 650. Dilengkapi dengan GPS, skrin LCD yang juga bertindak sebagai cermin pandang belakang, sambungan internet sepenuh masa dan juga mempunyai ruang bagasi yang cukup.
6. Evolution: Kereta Super Mesra Alam Berbeza dengan dari kereta mesra alam yang biasa, kereta konsep ini daripada DLoremo AG, syarikat kereta German, bukan berdasarkan hybrid tetapi beratnya yang hanya 450kg, mencapai hingga 157mpg. Kelajuannya boleh mencapai hingga 160km sejam dengan enjin 2 cylinder turbo-diesel. Selain itu, pintunya yang menarik dibuka dari hadapan untuk pemandu memasukinya.
7. LEGO F1: Kereta lumba Ferrari
Dengan anggaran 12k-20k pelaburan dengan 80,000 cantuman LEGO menjadikannya kereta LEGO F1 yang terbesar dicipta. Kereta Ferrari F1 ini berdasarkan F2008, dengan skala 1:1, di mana ia boleh dipandu dipamer di Amsterdam Holland, di acara tahunan ‘Lego World'.
8. Peel 50: Kereta terkecil di duniaKereta mikro beroda 3 ini mencatatkan rekod sebagai kereta paling kecil dibuat untuk dipasarkan. Ia semestinya mampu parking di kawasan yang sempit. Seperti yang dilihat di London's Piccadilly Circus, kereta Peel 50 dibenarkan dipandu di jalan raya Britain.
9. Limosin Terpanjang di dunia
Kereta mewah limosin ini merupakan yang terpanjang di dunia. Panjangnya berukuran 100 kaki(lebih dari 30 meter). Mempunyai 26 tayar, ruang untuk lebih banyak penumpang, dengan jakuzi, sun deck, swimming pool, dengan beberapa katil dan juga sebuah helipad!
10. Dream Car 123: Kereta piramid elektrik Apakah yang beratnya 8,000 pound, dihidupkan dengan wang syiling dan rupanya seperti piramid di Egypt? Dream Car 123! Rupanya mungkin seperti piramid, namun rangkanya seperti kereta kebal dan menyala seperti warna neon pada waktu malam. Yang menariknya ia dijana melalui elektrik dengan caj semula selama 3.5 jam membolehkannya dipandu hingga 240 batu dengan kelajuan hingga 40 mph. Penciptanya Greg Zanis telah mereka satu menara bagi menjana tenaga solar dan angin bagi mencaj semula kenderaan tersebut.
11. Colim: Caravan mudah pisahColim, kenderaan baru yang dicipta oleh Christian Susana, merupakan kombinasi yang menarik di antara kereta dan juga caravan. Di bahagian hadapannya, kenderaan unik yang boleh dipisahkan untuk 2 penumpang. Rupa Colim mungkin kurang menarik namun ia sangat berguna dengan fleksibiliti yang dimilikinya.
11. Colim: Caravan mudah pisahColim, kenderaan baru yang dicipta oleh Christian Susana, merupakan kombinasi yang menarik di antara kereta dan juga caravan. Di bahagian hadapannya, kenderaan unik yang boleh dipisahkan untuk 2 penumpang. Rupa Colim mungkin kurang menarik namun ia sangat berguna dengan fleksibiliti yang dimilikinya.
12. Jet-powered Flatmobile: Kereta paling leper di dunia "Flatmobile" akan dicatat dalam buku Guinness sebagai kereta paling leper di dunia. Lepernya berukuran 19 inci dan dikatakan dibenar berada di jalan raya. Rupanya seperti Batmobile- merupakan kenderaan yang sangat berbahaya—penciptanya Perry Watkins menyumbat turbin gas di belakang kenderaan tersebut.
No comments:
Post a Comment