Saturday, April 18, 2009

Kotak rokok papar gambar pejabat PM

GEORGE TOWN - Jika kotak rokok lain memaparkan gambar kesan bahaya merokok seperti mana kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan, satu jenama rokok pula telah menggantikannya dengan gambar Bangunan Perdana Putra yang juga merupakan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Kotak rokok jenama Saat yang diperbuat daripada logam itu menggunakan gambar bangunan tersebut pada waktu malam dan menjualnya di seluruh negara pada harga RM5.80 bagi pek 20 batang.

Menurut Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Razak Lajis, tindakan pengeluar rokok itu boleh memberi isyarat salah seolah-olah perbuatan merokok mendapat restu kerajaan.

"Selain itu, tindakan peniaga menjual rokok secara ceraian atau sebatang terutama kepada remaja membuatkan kempen tidak merokok sukar menemui kejayaan," katanya pada sidang media di USM semalam.

Razak menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat rokok yang melanggar peraturan itu melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Pindaan 2008.

Pada majlis yang sama, Pengarah Majlis Pengawalan Tembakau Malaysia, K. Koris Atan berpendapat, kerajaan wajar memantau strategi-strategi syarikat tembakau yang cuba mengelirukan orang ramai dan menghalang pelaksanaan peraturan-peraturan itu.

"Kerajaan kena serius kerana ini berkaitan dengan kesihatan awam dan masa depan golongan muda," tegasnya.

-Petikan dari KOSMO Online


Haha..melucukan.. Walaubagaimanapun usaha kerajaan dalam kempen tidak merokok ini, ia tidak berkesan selagi ia tidak diHARAMkan oleh kerajaan. Pada hemat saya sememangnya benar kerajaan menghalalkan dan menggalakkan amalan rokok kepada masyarakat kerana ia sememangnya menguntungkan. Ini termasuk penanaman tembakau, kilang rokok, (belum termasuk kilang-kilang benda yang lain) dan pelbagai lagi industri yang berkaitan tembakau merupakan salah satu pendapatan utama negara. Jadi tidak salah letak gambar opis PM kat kotak rokok. Lu pikir la sendiri..


No comments: