Thursday, April 30, 2009

Kereta Polis Moden

0 comments

Setelah sekian lamanya kereta peronda polis yang kita lihat depan mata mahupun kat TV, sememangnya tiada apa-apa perubahan. Kini, Carbon Motors Corporation telah mengeluarkan protaotaip yang dicipta oleh bekas anggota polis yang merasakan kebanyakkan kereta polis ada kini kurang dari segi keselamatan. Model 2012 E7 merupakan satu perubahan besar kepada kereta pasukan polis alaf ke 21. Fuh..Memang canggih. Sekurang-kurangnye, selesa la jugak duduk kat tempat duduk belakang. Hehehe..



Saturday, April 25, 2009

Binatang Yang Keliru

3 comments
Confused..? Itu yang dapat saya nyatakan.. Lu pikir la sendiri.. Layan...!























Saturday, April 18, 2009

Kotak rokok papar gambar pejabat PM

0 comments
GEORGE TOWN - Jika kotak rokok lain memaparkan gambar kesan bahaya merokok seperti mana kehendak yang ditetapkan oleh kerajaan, satu jenama rokok pula telah menggantikannya dengan gambar Bangunan Perdana Putra yang juga merupakan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Kotak rokok jenama Saat yang diperbuat daripada logam itu menggunakan gambar bangunan tersebut pada waktu malam dan menjualnya di seluruh negara pada harga RM5.80 bagi pek 20 batang.

Menurut Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Razak Lajis, tindakan pengeluar rokok itu boleh memberi isyarat salah seolah-olah perbuatan merokok mendapat restu kerajaan.

"Selain itu, tindakan peniaga menjual rokok secara ceraian atau sebatang terutama kepada remaja membuatkan kempen tidak merokok sukar menemui kejayaan," katanya pada sidang media di USM semalam.

Razak menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat rokok yang melanggar peraturan itu melalui Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Pindaan 2008.

Pada majlis yang sama, Pengarah Majlis Pengawalan Tembakau Malaysia, K. Koris Atan berpendapat, kerajaan wajar memantau strategi-strategi syarikat tembakau yang cuba mengelirukan orang ramai dan menghalang pelaksanaan peraturan-peraturan itu.

"Kerajaan kena serius kerana ini berkaitan dengan kesihatan awam dan masa depan golongan muda," tegasnya.

-Petikan dari KOSMO Online


Haha..melucukan.. Walaubagaimanapun usaha kerajaan dalam kempen tidak merokok ini, ia tidak berkesan selagi ia tidak diHARAMkan oleh kerajaan. Pada hemat saya sememangnya benar kerajaan menghalalkan dan menggalakkan amalan rokok kepada masyarakat kerana ia sememangnya menguntungkan. Ini termasuk penanaman tembakau, kilang rokok, (belum termasuk kilang-kilang benda yang lain) dan pelbagai lagi industri yang berkaitan tembakau merupakan salah satu pendapatan utama negara. Jadi tidak salah letak gambar opis PM kat kotak rokok. Lu pikir la sendiri..


Apa Kata Badan Keagamaan mengenai Penyelidikan Stem Sel

0 comments
President Obama telah menandatangani arahan eksekutif menarik balik polisi semasa era pentadbiran Bush yang menghalang wang cukai Persekutuan disalurkan dalam Penyelidikan Stem Sel Embrio. Langkah ini disambut baik kebanyakkan komuniti Sainstifik yang dilihat bertujuan membantu mencari penawar kepada kebanyakkan penyakit namun Badan dan Pertubuhan Keagamaan mempunyai perspektif yang berlainan mengenainya pada masa akan datang. Inilah pandangan mereka:


Tuesday, April 14, 2009

Seni Kaset

0 comments
Jimi Hendrix

Neatorama telah menerbitkan satu karya seni yang menarik hasil karya Erika Iris Simmons, yang mahir menghasilkan seni dari buku-buku lama. kaset, kad terup dan banyak lagi. Check out flicker page die, Mengkagumkan!.. iri5

Bob Dylan

Jim Morrison, The Doors

The Beatles

Robert Smith, The Cure