Kubur di dasar lautan ini terletak 3 batu dari Key Biscayne, Florida menyediakan tempat persemadian buat mereka yang cintakan laut. Jenazah akan dibakar & dicampurkan dengan simen serta disemadikan di lantai laut berserta plak peringatan. Kubur tersebut sedalam 14 meters di bawah permukaan tersebut.
2. Keranda Bergantung Sagada
Tebing bukit Sagada di Filipina kelihatan seolah-olah tidak sesuai buat tapak perkuburan. Malah kebanyakan mereka yang meninggal dunia di sini tidak pernah dikuburkan sebaliknya masih di dalam keranda mereka yang digantung di cerun, tebing bukit. Keranda yang tertua dikenal pasti telah berada di sana lebih 100 tahun walaupun adat meletakkan keranda di tebing bukit telah bermula beberapa ribu tahun lebih awal. Penduduk sini kini lebih suka memilih dikebumikan di tanah berbanding dahulu.
3. The Fontanelle Cave TombsTanah perkuburan Fontanelle terletak di gua bawah tanah di Naples, Italy. Kawasan bekas kuari batu ini pertama kali digunakan sebagai perkuburan pada tahun 1656 sebagai menyambut sambutan yang menggalakkan dengan peningkatan jumlah kematian disebabkan wabak. Pada satu masa, sehari sehingga 1,500 mayat dibiarkan! Tiada kubur digali cuma mayat berdebu dan dilupakan. Beberapa abad kemudian hanya tulang-benulang yang tinggal. Pada abad ke 20, penduduk Itali kembali ke gua tersebut dengan nekad memberi penghormatan kepada mayat peninggalan di situ dengan mengambil tengkorak. Ini berguna kepada balu di mana suami mereka tidak pernah kembali dari perang di luar negara di mana mereka dapat berkabung dan dalam masa yang sama mengambil berat kepada mereka yang lain yang telah tiada dan tiada nama. Ditutup sejak 1969, Perkuburan Fontanelle telah dipulihkan dan dibuka kepada umum dengan membuat tempahan terlebih dahulu.
4. Colma NecropolisApabila San Francisco meluluskan ordinan melarang perkuburan baru pada tahun 1900, tanah perkuburan telah dipindahkan ke kawasan pekan kecil Colma, California. Pada tahun 1912, San Francisco mula memindahkan perkuburan yang sedia ada ke Colma. Pekan ini memiliki 17 tanah perkuburan untuk orang dan satu untuk haiwan peliharaan. Jumlah mereka yang mati mengatasi jumlah mereka yang hidup dengan nisbah 1000 ke 1 di mana pekan Colma dihuni 1,500 penduduk dan lebih kurang 1.5 juta kubur. Pergh!
5. The City of the DeadDargavs, North Ossetia memiliki koleksi sebanyak 95 batu binaan yang dikenali sebagai City of the Dead. Sebilangan terletak di bawah tanah dan sebahagiannyadi atas tanah dan sebilangan lagi berada di antara kedua-duanya. Binaan tersebut dijadikan makam dan setiap satunya khas buat sesebuah keluarga. Sebilangannya masih lagi menyimpan mayat dan sehingga kini masih menjadi persoalan tentang (dengan hanya sedikit maklumat) mengenai asal usul kota ini di mana ia mula dikesan sejak beberapa abad yang lalu.
6. The Skulls of St. SebastianSt. Sebastian’s Cemetery di Salzburg adalah tempat persemadian sebilangan selebriti terkenal Austria. Antaranya Theophrastus Paracelsu, iaitu “father of modern medicine” telah dikebumikan di sini, juga isteri serta ayah Mozart dan juga Archbishop Wolf Dietrich yang penuh dengan kontroversi. St. Sebastian’s, telah dibina pada tahun 1502, dihiasi dengan kebanyakan motif tengkorak di setiap sudut dan pengkebumian dihentikan di sini pada tahun 1888. Kini ia dibuka untuk umum setiap hari.
7.Sedlec OssuarySedlec Chapel berhampiran Kutná Hora, Republik Czech merupakan tempat perkuburan selama 900 tahun. Pada masa itu, ribuan mayat telah dikebumikan akibat wabak penyakit, peperangan & sebab semula jadi. Disebabkan kekurangan tempat perkuburan, tulang-tulang mayat terdahulu digali semula bagi memberi ruang kepada mayat yang baru. Sedlec Bone Chapel ini menyimpan lebih kurang 40,000 mayat. Tulang-tulang tersebut telah dijadikan salah satu seni bina & perhiasan dalaman gereja yang dihasilkan oleh František Rint pada tahun 1870. Lihat pada tahun 1976 documentary tour mengenai chapel tersebut. Curious Expeditions.
8.Capuchin CatacombsTerletak di Palermo, Italy adalah tempat di mana ribuan mumia dipamerkan. Mayat yang diawetkan dalam kubur bawah tanah terpelihara lebih baik berbanding dengan perkuburan yang lain. Ini kemungkinan kerana kesenian yang menjadi kebanggaan para pengawet Sicilian di mana mayat tersebut disusun dengan pakaian penuh menyerupai keadaan semasa hayat mereka. Ada sebahagian disusun dalam berkumpulan seolah-olah mereka sedang 'berposing' untuk bergambar. Antara mayat yang paling popular di kubur bawah tanah Palermo adalah Rosalia Lombardo, yang meninggal dunia pada 1920 di usia 2 tahun namun mayat tersebut tidak pernah reput. Kubur bawah tanah Capuchin ini dibuka setiap hari kepada umum.
No comments:
Post a Comment