Tuesday, November 12, 2013

Resort Percutian Tropika Terbesar di Eropah

0 comments
Tropical Islands merupakan resort mewah lengkap dengan pantai berpasir, pokok kelapa dan air biru yang jernih. Ia adalah destinasi percutian tropika yang terbesar di Eropah terletak di sebuah hangar besar di Jerman. Ia mempunyai kapasiti maksimum 6,000 pelawat sehari dan dalam tahun pertama menarik 975,000 pengunjung. 







Resort ini menerima beribu-ribu pelawat setiap hari, kira-kira 500 orang bekerja di tapak. Kepulauan Tropika dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004. Sangat, hangar, iaitu 360 meter, 210 meter lebar dan 107 meter tinggi, adalah cukup tinggi untuk menempatkan Patung Liberty.



Friday, November 8, 2013

Surat Cinta Monyet menjadi Viral di Internet

0 comments

Surat cinta kanak-kanak lelaki menjadi viral sensasi di Internet selepas ianya dimuat naik ke Reddit pada Rabu lepas. Surat cinta monyet budak ini menjadi popular sehingga semalam telah mencatat melebihi 1.25 juta pembaca setakat ini. Macam kelakar jer,.. macam lawak jer.. Hmm!

Thursday, May 30, 2013

Pak Ali & Pari-Pari nya

0 comments
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'TIDAK' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'TIDAK' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'YA', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka sem
ua"

Monday, April 1, 2013

10 Video Terbaik 'Harlem Shake'

1 comments
Ini merupakan fenomena terkini melanda di internet 'Herlem Shake' yang merebak seperti virus tidak terkawal di seluruh pelusok dunia pada 2013. Terdapat setakat ini 40, 000 video Harlem Shake berlainan di YouTube dengan 175 juta capaian di antaranya. Ini merupakan antara yang paling terbaik & paling lawak. So, boleh anda menari "con los terroristas"... Check it Out!   Sewel dow!

1. NASA Harlem Shake

2. Harlem Shake NBA Miami Heat 

3. Harlem Shake Dalam Air

4. Harlem Shake Dalam Kapal Terbang

5. Harlem Shake Askar

6. Harlem News Krew TV

7. Harlem Shake Sky Diving

8. Harlem Shake Times Square NYPD

9. Kartun PEANUTS

10.  Harlem Shake Doktor

Tuesday, March 12, 2013

GURU PALING KENIT DI DUNIA

0 comments


Sewaktu berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia. Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.



Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih. Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kg.