Ini dia antara SIFAT-SIFAT HANTU YANG BOLEH DI CONTOHI anda sekalian;
1. Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak menyusahkan mak bapak.
2. Pontianak
Susah senang sentiasa tertawa, ini menunjukkan kepribadian kuntilanak
ini optimis dan sentiasa berfikiran positif.
3. Pocong
Dari dulu bajunya x pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik pada fashion, sangat bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan di zaman barangan serba mahal ini
4. Hantu air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yg menggiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri. Dia juga tidak membazir masa dgn aktiviti memancing, yatching dan sebagainya.
5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dlm almari sahaja, tidak duduk di sofa lembut, satu sifat kesederhanaan yg tulus ikhlas.
6. Jebon
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya berbau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar. Buktinya dia baca tulisan ini sampai habis .... TAHNIAH LA!
Thursday, February 6, 2014
Wednesday, January 22, 2014
Keajaiban Photoshop & MakeUp
Video muzik oleh Boggie melaksanakan Nouveau Parfum cuba untuk menunjukkan kuasa photoshop dan make up bagaimana ia secara drastik boleh mengubah penampilan seseorang dengan beberapa strok berus cepat. Tetapi apabila selesai video, anda sedar kebanyakan ini dilakukan dengan teknik solekan dan lampu. Saksikanlah keajaiban & kuasa photoshop & solekan.
Wednesday, January 15, 2014
SELUAR DALAM ELAK KENA ROGOL
Bagaimana mahu mengelak kena rompak? Elak kena Rogol? Khas buat kaum wanita di luar sana.
Sama-sama kita saksikan iklan ini.. ..
Tuesday, November 12, 2013
Resort Percutian Tropika Terbesar di Eropah
Tropical Islands merupakan resort mewah lengkap dengan pantai berpasir, pokok kelapa dan air biru yang jernih. Ia adalah destinasi percutian tropika yang terbesar di Eropah terletak di sebuah hangar besar di Jerman. Ia mempunyai kapasiti maksimum 6,000 pelawat sehari dan dalam tahun pertama menarik 975,000 pengunjung.
Resort ini menerima beribu-ribu pelawat setiap hari, kira-kira 500 orang bekerja di tapak. Kepulauan Tropika dibuka kepada orang ramai pada tahun 2004. Sangat, hangar, iaitu 360 meter, 210 meter lebar dan 107 meter tinggi, adalah cukup tinggi untuk menempatkan Patung Liberty.
Friday, November 8, 2013
Surat Cinta Monyet menjadi Viral di Internet
Surat cinta kanak-kanak lelaki menjadi viral sensasi di Internet selepas ianya dimuat naik ke Reddit pada Rabu lepas. Surat cinta monyet budak ini menjadi popular sehingga semalam telah mencatat melebihi 1.25 juta pembaca setakat ini. Macam kelakar jer,.. macam lawak jer.. Hmm!
Thursday, May 30, 2013
Pak Ali & Pari-Pari nya
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'TIDAK' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'TIDAK' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'YA', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'TIDAK' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'TIDAK' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'YA', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"
Monday, April 1, 2013
10 Video Terbaik 'Harlem Shake'
Ini merupakan fenomena terkini melanda di internet 'Herlem Shake' yang merebak seperti virus tidak terkawal di seluruh pelusok dunia pada 2013. Terdapat setakat ini 40, 000 video Harlem Shake berlainan di YouTube dengan 175 juta capaian di antaranya. Ini merupakan antara yang paling terbaik & paling lawak. So, boleh anda menari "con los terroristas"... Check it Out! Sewel dow!
1. NASA Harlem Shake
1. NASA Harlem Shake
2. Harlem Shake NBA Miami Heat
3. Harlem Shake Dalam Air
4. Harlem Shake Dalam Kapal Terbang
5. Harlem Shake Askar
6. Harlem News Krew TV
7. Harlem Shake Sky Diving
8. Harlem Shake Times Square NYPD
9. Kartun PEANUTS
10. Harlem Shake Doktor
Tuesday, March 12, 2013
GURU PALING KENIT DI DUNIA
Sewaktu berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia. Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.
Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih. Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kg.
Tuesday, March 5, 2013
10 REKOD DUNIA PELIK TENTANG SEKS
ZAKAR TERPANJANG DI DUNIA – 13.5 INCI (34.3 CM)
Namun rekod bagi pemilik yang masih hidup adalah Jonah Falcon, dari Brooklyn, USA. Beliau memiliki 13.5-inci zakar yang telah diukur pada 1999 untuk dokumentari di HBO, "Private Dicks: Men Exposed". Dia juga mendapat liputan dari Rolling Stone berkenaan beliau pada June 2003. Rolling Stone melaporkan zakar Falcon berukuran 9.5 inci (24 cm) panjang mengendur dan 13.5 inci (34.3 cm) panjang waktu ereksi. (Link 1 | Link 2)
Rekod ini dimiliki oleh dari Scottish, Anna Swan (1846-1888), dilahirkan berkeadaan saiz normal namun beliau membesar mendadak abnormal sewaktu kanak-kanak sehingga mencapai ketinggian maksimum 7' 8" pada umur 19. Dengan kelebihan saiz tersebut beliau menyertai satu pertunjukkan dan merantau ke seluruh negara, sehingga beliau bertemu jodoh dengan Captain Martin Bates, juga berbadan besar berketinggian 7 kaki lebih. Mereka berkahwin pada 1872, menjadikan mereka pasangan berkahwin paling tinggi di dunia rekod sehingga kini. Pada 18 Jun, 1879, beliau melahirkan anak paling terbesar dalam sejarah dengan berat 26 paun dan berukuran 34 inci panjang, terlalu besar sehingga menyukarkan beliau melahirkannya serta terpaksa menggunakan forsep dan tali pinggang. Bayi tersebut tidak selamat dilahirkan tapi ianya masih dipamerkan di Cleveland Museum of Health. .(Link)
REKOD DUNIA IBU PALING BANYAK MELAHIRKAN ANAK (69 BAYI)
Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari Shuya, Russia. Isteri pertama beliau, Valentina Vassilyeva, memegang rekod dunia melahirkan ramai anak. Dia telah melahirkan berjumlah 69 anak. Dia melahirkan 16 pasang kembar dua, 7 set kembar tiga dan 4 set kemabr empat di antara tahun 1725 dan 1765, dengan jumlah 27 kelahiran anak. 67 dari 69 anak berjaya selamat dilahirkan. Pada zaman moden ini rekod dunia dipegang oleh Leontina Albina dari San Antonio, Chile. Beliau mendakwa ibu kepada 64 anak namun hanya 55 direkodkan. Manakala ibu yang melahirkan anak bukan kembar dengan jumlah banyak disandang oleh Livia Ionce. Berasal Romania, 44 tahun, melahirkan anak ke-18 di Canada pada tahun 2008. (Link)
REKOD DUNIA PANCUTAN AIR MANI PALING JAUH – 18 KAKI
Horst Schultz berjaya mencipta rekod ini dengan jarak 18 kaki 9 inci (6 m) dengan jumlah air mani yang banyak. Dia juga memegang rekod pancutan paling tinggi 12 kaki 4 inci dan kelajuan pancutan ejakulasi dengan kelajuan 42.7mph. (Link)
rekod dunia pelacur paling tua – 82 tahun
Polis Tai Pei menjangkakan pelacur berumur 82 tahun dengan nama samaran "Grandma" adalah pelacur yang paling tua masih aktif bekerja. Chiu terlibat dengan bidang ini sekitar 40 tahun yang lalu selepas beliau tinggal bersama seorang lelaki selama 2 dekad telah meninggal dunia. Beliau mengenakan bayaran 10 atau 20 kali lebih murah berbanding pelacur lain. (Link)
REKOD DUNIA PESTA SEKS – 250 PASANGAN
Jepun telah berjaya mencipta satu rekod dunia – melibatkan 250 lelaki dan 250 wanita melakukan seks di satu tempat dan masa yang sama, untuk pesta seks terbesar di dunia. Pesta ini dibuat di sebuah gudang dengan krew camera profesional yang merakamkan gambar dan video keseluruhan pesta. Setiap aksi seks dan posisi dikordinasi supaya meransangkan pasangan beraksi. Aksi pesta ini dapat diperolehi dalam DVD. (Link 1 | Link 2)
REKOD DUNIA 'GANG BANG' PALING RAMAI – 919 LELAKI DALAM SATU HARI
Lisa Sparxxx pelakon terkenal pornografi dari America. Dia mengadakan hubungan seks dengan 919 lelaki dalam sehari, menjadikan satu rekod dunia. Ia terjadi pada konvensyen Eroticon 2004, sebagai salah satu pertandingan Tahun 3 World Gangbang Championship. Ini bukan sahaja sebagai publisiti malah rekod juara pertandingan ini sering bertukar tangan dari 2002 dan 2003, di mana pemegang mencatat rekod 646 dan 759 orang. (Link)
rekod dunia masturbasi lelaki paling lama – 10 jam
Beliau bernama Masanobu Sato hadir pada 2009 World Masturbate-a-thon yang dianjurkan oleh Center for Sex & Culture in San Francisco telah mencatat rekod melancap paling lama di dunia selama 9 jam, 58 minit. Dia datang dari Jepun untuk acara ini dengan berbekal peralatan seksual sendiri di mana pada tahun 2010 beliau cuba memecah rekod sendiri tapi hanya mencapai 9 jam, 33 minit. (Link)
rekod dunia faraj paling kuat- mengangkat berat 31 paun
Ini dia, Tatiata Kozhevnikova, wanita 42-tahun dari Russia pemegang rekod dunia faraj paling kuat. Menakjubkan beliau mengangkat beratan 14 kilograms hampir 31 paundengan faraj beliau. Dia telah bersenam otot farajnya selama 15 tahun dan rekod beliau tercatat dalam Guinness Book of Records. (Link)
rekod dunia bapa tertua – 90 tahun
Beliau telah menjadi bapa kepada anak yang ke-21 kali pada umur 90 tahun. Nanu Ram Jogi, petani dari India berkahwin dengan isteri ke-4 menyatakan tidak mahu berhenti dan mahu melahirkan anak sehingga berumur 100 tahun. Mr Jogi mengaku tidak ingat memiliki berapa orang anak tapi sekurang-kurangnya ada 12 anak lelaki 9 anak permepuan dan 20 cucu. Pergh.. boleh tahan orang tua ni..(Link)
Tuesday, January 1, 2013
Monday, December 24, 2012
Jenis Tahi
Wednesday, November 7, 2012
KISAH SUAMI ISTERI & BURUNG KAK TUA
Kisah bermula bila si suami yang baru pulang dari luar negara telah membawa pulang
Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri: Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?
Suami: Ooo.. awak nak tau ye?? Tengok ni..
mengangkat tangan kiri sambil memainkan jarinya.
Secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop.
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung kakak tua
itu menyanyikan Lagu Rock pula.
Isteri: Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
Suami: Cubalah lah angkat kalau nak tahu..
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah..
Burung Kakak Tua: SATU-SATU LAH,.. BODOH!
Wednesday, October 17, 2012
BERITA GEMBIRA & BURUK
Seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbincang dengan lelaki tua tersebut.
Doktor: Pakcik, saya ada berita yang buruk dan juga berita gembira untuk disampaikan..
Pesakit: Baiklah....beritahu saya berita yang tak baik dulu.
Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.
Pesakit: Apa!!.... Saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup..! Err...apa pulak berita gembira nya....
Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.
Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.
Pesakit: Apa!!.... Saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup..! Err...apa pulak berita gembira nya....
Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.
Friday, September 7, 2012
Lagu Gangnam Style
Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop.Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 129,650,081 juta kali. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga meniru gaya lagu ini. Lagu ini dibawa oleh Psy atau nama sebenar ialah Park Jae Sung. Peminat lagu ini tertarik dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksudnya lagu Korea Selatan tersebut. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.
Lirik Lagu Gangnam Style
Videoklip Gangnam Style
p/s- Memang macam jahanam! :P
Friday, August 10, 2012
Serah kepada yang di Atas
Di suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di taman sambil korek hidung....tengah best-best melayan dia bejalan, dia terlihat sepasang kekasih sedang bercumbuan di bawah pohon nan rendang. Dengan 'slumber' jer & tanpa rasa bersalah, Ali pun memanjat pokok di mana terbaring nya dan berlaku nya aktiviti pasangan tersebut. Lalu terdengar la si Ali suara-suara halus couple pompuan....
Pasangan Perempuan: Abang lepas, jika ada apa-apa yang berlaku dengan sayang macamana?
Pasangan Lelaki: Jangan la sayang risau, lepas kejadian ini jika ada apa-apa yang berlaku kita serahkan semua nye kepada yang di Atas....
(sambil menunding jari ke atas)
Lalu Ali yang sedang asyik menonton wayang free tersebut pun dengan bengang nye turun dari pokok dan serta-merta memarahi pasangan berkenaan.
Ali: Amboi!!! korang berdua ni, korang yang merasakan kenikmatan nya...lepas-lepas sesuka ati jer serahkan kepada yang di Atas....
Pasangan : (terkedu) sambil rasa bersalah....
Ali : Aku cuma tengok je dari atas pokok tu...tak kan pula la aku yang kena bertanggungjawab....tak guna la jantan awak ni...
![]() |
| Zzzz lama sangat da.. |
Monday, July 9, 2012
Pengutip Kotak Serah Kembali Rm133,300 yang dijumpainya
Seorang pemandu lori perabot yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambil di tepi jalan mengandungi RM133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari.
“Selepas tamat waktu kerja, saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.
Sumber 'Sampah' RM133,300 , MyMetro
Kalau anda terjumpa wang sebanyak itu bagaimana?
Thursday, June 21, 2012
Bagaimana nak 'Cover' jika anda Kentut
Jika anda berada di tempat awam seperti kedai, dalam mesyuarat, atau dalam lif...
LANGKAH-LANGKAH
1. Bertenang .
Anda baru saja terkentut, anda panik cuba kawal & bertenang..
2. Jika notis seseorang perasan & mengesyaki anda(berbau atau mendengar); jangan berkata apa-apa.
Jika mereka melihat anda dalam keadaan tenang, mereka tidak akan mengesyaki ianya dari anda.
3. Kadang-kadang ada juga mulut orang yang celupar yang akan berkata.. eew !!
Terdapat pelbagai cara baru untuk menutup ini: Salah satu cara katakan kasut kamu yang berbunyi' berderit atau dengan melihat kepada orang lain (buat mimik muka jijik) ini mungkin menjadikan syak wasangka kepada orang lain.
4. Bau juga pembunuh.
Cuba katakan bahawa anda terpijak tahi anjing kat kaki, masuk longkang atau macam-macam lagi alasan.
TIPS
- Jika semua di atas gagal, katakan "Maaf, ia berlaku kepada semua orang". Senang cerita..
- Untuk mengelakkan anda terkentut di khalayak ramai, cuba duduk dengan kaki anda terselip rapat ke punggung anda.
- Jika anda benar-benar tidak tahan, JANGAN kentut di dalam bilik mandi. Ini akan membuatkannya bergema kuat & memalukan anda lebih teruk. Sebaliknya, pergi ke luar dan atau bagi alasan lain untuk keluar.
AMARAN
- JANGAN keluar. Ini adalah satu petunjuk yang mudah dan orang akan tahu siapa punya angkara.
- Jika tiada seorang pun perasan atau bertindak balas, bagus. JANGAN teruskan dengan Langkah 2 atau 3.
- Begitu juga dengan Langkah 4. Jika kentut anda berbau seperti tahi, jangan pula anda katakan yang mulut anda berbau bawang putih.
Thursday, June 14, 2012
INFO WANITA & LELAKI
1. Lelaki akan bayar RM20 bagi barang RM10 yang diperlukannya.
Wanita pula akan bayar RM10 bagi barang RM20 yang tidak diperlukannya.
2. Wanita bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat suami.
Lelaki tidak pernah bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat isteri.
3. Lelaki yang berjaya adalah yang berupaya membuat duit lebih daripada yang mampu dihabiskan
oleh isterinya.
oleh isterinya.
Wanita yang berjaya adalah yang berjaya menemui lelaki di atas tadi.
4. Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama dari lelaki bujang, namun lelaki yang berkahwin
biasanya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mati cepat.
5. Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran.
Apa saja yang disebut lelaki selepas itu, walaupun sepatah bermakna akan mencetuskan
satu lagi pertengkaran.
6. Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah tetapi selalunya TIDAK!
Seorang lelaki mengahwini wanita dengan harapan wanita itu tidak akan berubah tapi TIDAK!
4. Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama dari lelaki bujang, namun lelaki yang berkahwin
biasanya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mati cepat.
5. Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran.
Apa saja yang disebut lelaki selepas itu, walaupun sepatah bermakna akan mencetuskan
satu lagi pertengkaran.
6. Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah tetapi selalunya TIDAK!
Seorang lelaki mengahwini wanita dengan harapan wanita itu tidak akan berubah tapi TIDAK!
Monday, May 14, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
















