Jika anda berada di tempat awam seperti kedai, dalam mesyuarat, atau dalam lif...
LANGKAH-LANGKAH
1. Bertenang .
Anda baru saja terkentut, anda panik cuba kawal & bertenang..
2. Jika notis seseorang perasan & mengesyaki anda(berbau atau mendengar); jangan berkata apa-apa.
Jika mereka melihat anda dalam keadaan tenang, mereka tidak akan mengesyaki ianya dari anda.
3. Kadang-kadang ada juga mulut orang yang celupar yang akan berkata.. eew !!
Terdapat pelbagai cara baru untuk menutup ini: Salah satu cara katakan kasut kamu yang berbunyi' berderit atau dengan melihat kepada orang lain (buat mimik muka jijik) ini mungkin menjadikan syak wasangka kepada orang lain.
4. Bau juga pembunuh.
Cuba katakan bahawa anda terpijak tahi anjing kat kaki, masuk longkang atau macam-macam lagi alasan.
TIPS
- Jika semua di atas gagal, katakan "Maaf, ia berlaku kepada semua orang". Senang cerita..
- Untuk mengelakkan anda terkentut di khalayak ramai, cuba duduk dengan kaki anda terselip rapat ke punggung anda.
- Jika anda benar-benar tidak tahan, JANGAN kentut di dalam bilik mandi. Ini akan membuatkannya bergema kuat & memalukan anda lebih teruk. Sebaliknya, pergi ke luar dan atau bagi alasan lain untuk keluar.
AMARAN
- JANGAN keluar. Ini adalah satu petunjuk yang mudah dan orang akan tahu siapa punya angkara.
- Jika tiada seorang pun perasan atau bertindak balas, bagus. JANGAN teruskan dengan Langkah 2 atau 3.
- Begitu juga dengan Langkah 4. Jika kentut anda berbau seperti tahi, jangan pula anda katakan yang mulut anda berbau bawang putih.