Monday, December 24, 2012

Jenis Tahi

0 comments
Macam-macam jenis tahi a.k.a najis sewaktu anda berak ada.. tak percaya jom layan..

Jenis-Jenis Tahi sewaktu melepas

Wednesday, November 7, 2012

KISAH SUAMI ISTERI & BURUNG KAK TUA

0 comments


Kisah bermula bila si suami yang baru pulang dari luar negara telah membawa pulang 
Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri: Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?
Suami: Ooo.. awak nak tau ye?? Tengok ni..
mengangkat tangan kiri sambil memainkan jarinya. 
Secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop. 
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung kakak tua 
itu menyanyikan Lagu Rock pula.
Isteri: Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
Suami: Cubalah lah angkat kalau nak tahu..
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah..
Burung Kakak Tua: SATU-SATU LAH,.. BODOH!

Wednesday, October 17, 2012

BERITA GEMBIRA & BURUK

0 comments

Seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbincang dengan lelaki tua tersebut.
Doktor: Pakcik, saya ada berita yang buruk dan juga berita gembira untuk disampaikan..
Pesakit: Baiklah....beritahu saya berita yang tak baik dulu.

Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.

Pesakit: Apa!!.... Saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup..! Err...apa pulak berita gembira nya....

Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.

Friday, September 7, 2012

Lagu Gangnam Style

0 comments

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Terutama yang sering “melepak” di YouTube atau penggemar K-Pop.Kini, Gangnam Style sudah ditonton lebih dari 129,650,081 juta kali. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga meniru gaya lagu ini. Lagu ini dibawa oleh Psy atau nama sebenar ialah Park Jae Sung. Peminat lagu ini tertarik dengan melodinya, walaupun tidak semua orang mengetahui maksudnya lagu Korea Selatan tersebut. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.

Lirik Lagu Gangnam Style

Videoklip Gangnam Style

p/s- Memang macam jahanam! :P

Friday, August 10, 2012

Serah kepada yang di Atas

0 comments

Di suatu petang yang damai, Ali berjalan-jalan di taman sambil korek hidung....tengah best-best melayan dia bejalan, dia terlihat sepasang kekasih sedang bercumbuan di bawah pohon nan rendang. Dengan 'slumber' jer & tanpa rasa bersalah, Ali pun memanjat pokok di mana terbaring nya dan berlaku nya aktiviti pasangan tersebut. Lalu terdengar la si Ali suara-suara halus  couple pompuan....
Pasangan Perempuan: Abang lepas, jika ada apa-apa yang berlaku dengan sayang macamana?
Pasangan Lelaki: Jangan la sayang risau, lepas kejadian ini jika ada apa-apa yang berlaku kita serahkan semua nye kepada yang di Atas....
(sambil menunding jari ke atas)
Lalu Ali yang sedang asyik menonton wayang free tersebut pun dengan bengang nye turun dari pokok dan serta-merta memarahi pasangan berkenaan.
Ali: Amboi!!! korang berdua ni, korang yang merasakan kenikmatan nya...lepas-lepas sesuka ati jer serahkan kepada yang di Atas....
Pasangan : (terkedu) sambil rasa bersalah....
Ali : Aku cuma tengok je dari atas pokok tu...tak kan pula la aku yang kena bertanggungjawab....tak guna la jantan awak ni...
Zzzz lama sangat da..

Monday, July 9, 2012

Pengutip Kotak Serah Kembali Rm133,300 yang dijumpainya

0 comments

Seorang pemandu lori perabot yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambil di tepi jalan mengandungi RM133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari.
“Selepas tamat waktu kerja, saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.

“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak dibuang di tepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.   


Sumber 'Sampah' RM133,300 , MyMetro

Kalau anda terjumpa wang sebanyak itu bagaimana?

Thursday, June 21, 2012

Bagaimana nak 'Cover' jika anda Kentut

1 comments

Jika anda berada di tempat awam seperti kedai, dalam mesyuarat, atau dalam lif...

LANGKAH-LANGKAH

1. Bertenang . 
  Anda baru saja terkentut, anda panik cuba kawal & bertenang..

2. Jika notis seseorang perasan & mengesyaki anda(berbau atau mendengar); jangan berkata  apa-apa
 Jika mereka melihat anda dalam keadaan tenang, mereka tidak akan mengesyaki ianya dari anda.

3. Kadang-kadang ada juga mulut orang yang celupar yang akan berkata.. eew !
 Terdapat pelbagai cara baru untuk menutup ini: Salah satu cara katakan kasut kamu yang berbunyi' berderit atau dengan melihat kepada orang lain (buat mimik muka jijik) ini mungkin menjadikan syak wasangka kepada orang lain.

4. Bau juga pembunuh
 Cuba katakan bahawa anda terpijak tahi anjing kat kaki, masuk longkang atau macam-macam lagi alasan.

TIPS
  • Jika semua di atas gagal, katakan "Maaf, ia berlaku kepada semua orang". Senang cerita..
  • Untuk mengelakkan anda terkentut di khalayak ramai, cuba duduk dengan kaki anda terselip rapat ke punggung anda.
  • Jika anda benar-benar tidak tahan, JANGAN kentut di dalam bilik mandi.  Ini akan membuatkannya bergema  kuat & memalukan anda lebih teruk. Sebaliknya, pergi ke luar dan atau bagi alasan lain untuk keluar.


AMARAN
  • JANGAN keluar. Ini adalah satu petunjuk yang mudah dan orang akan tahu siapa punya angkara.
  • Jika tiada seorang pun perasan atau bertindak balas, bagus. JANGAN teruskan dengan Langkah 2 atau 3.
  • Begitu juga dengan Langkah 4. Jika kentut anda berbau seperti tahi, jangan pula anda katakan yang mulut anda berbau bawang putih.

Thursday, June 14, 2012

INFO WANITA & LELAKI

0 comments

1. Lelaki akan bayar RM20 bagi barang RM10 yang diperlukannya.
    Wanita pula akan bayar RM10 bagi barang RM20 yang tidak diperlukannya.

2. Wanita bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat suami.
    Lelaki tidak pernah bimbangkan masa depannya hinggalah apabila dia mendapat isteri.

3. Lelaki yang berjaya adalah yang berupaya membuat duit lebih daripada yang mampu dihabiskan
     oleh isterinya.
   Wanita yang berjaya adalah yang berjaya menemui lelaki di atas tadi.

4. Lelaki yang sudah berkahwin hidup lebih lama dari lelaki bujang, namun lelaki yang berkahwin
    biasanya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mati cepat.

5. Seorang wanita memberikan kata putus dalam setiap pertengkaran.
   Apa saja yang disebut lelaki selepas itu, walaupun sepatah bermakna akan mencetuskan
   satu lagi pertengkaran.

6. Seorang wanita mengahwini lelaki dengan harapan lelaki itu akan berubah tetapi selalunya TIDAK!
    Seorang lelaki mengahwini wanita dengan harapan wanita itu tidak akan berubah tapi TIDAK!

Monday, May 14, 2012

MENAKUTKAN!

0 comments
Takut ker?








Kalau benar ni terjadi... sangat TAKUUTTTT...!

Monday, May 7, 2012

AVENGERS:ASSEMBLE?

0 comments
Ini lah akibatnya kalau banyak 'superheroes' dalam satu cerita.. apatah lagi dalam dunia ni. Pasti berlaku kecoh kita dibuatnya.. hahaaha memang bodoh.. AVENGERS ASSEMBLE!


Tuesday, March 27, 2012

KISAH TUKANG SAPU

0 comments

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di PutraJaya. Pegawai di situ telah mengadakan temu duga dan meminta wanita itu menunjukkan cara-cara membersih lantai dengn betul.
“Anda telah diterima bekerja. berikan e-mel anda, kami akan mengirimkan maklumat yang diperlukan!” kata pegawai penemuduga tersebut.
Malangnya, wanita itu tidak memiliki komputer dan juga e-mel. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa e-mel, wanita itu tidak boleh diambil bekerja. Wanita itu terpaksa menerima keputusan itu dengan rasa kecewa.
Berbekalkan duit RM10, dia pergi ke pasar raya terdekat dan membeli 10 kilogram sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa dua jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda. Lalu diulanginya kerja tersebut sebagi pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa tahun berniaga, wanita itu mengembangkan perniagaanya dengan membuka beberapa pasar raya di sekitar Kuala Lumpur. Kini dia bergelar usahawan wanita berjaya dan mampu membeli Ferrari.
Suatu hari, dia terlintas untuk mengambil insurans untuk diri dan keluarganya. Dia memanggil penjual insurans datang ke pejabatnya. Setelah bersetuju, penjual insurans berkata: “Minta e-mel puan!”.
“OH Sorry, saya tak ada komputer dan e-mel,” jawab usahawan wanita itu.
Penjual insurans terkejut dan dan berkata: “Aneh! Puan seorang usahawan dan menjalankan perniagaan pasar raya yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan e-mel. Bayangkan apa yang boleh puan lakukan jika puan memiliki komputer dan e-mel!”
Wanita itu menjawab: “Jadi tukang sapu di PutraJaya!”.
MORAL; Jangan cepat putus asa.. ambik contoh,  Micheal Sata, 74 tahun bekas tukang sapu stesen keretapi di London kini menjadi Presiden Zambia.

Monday, January 16, 2012

'Eyes can see you'

0 comments
Kasi mata sama dia..