Thursday, December 1, 2011

10 FAKTA FACEBOOK

0 comments
10 fakta tentang Facebook yang mungkin anda tidak tahu mahupun "ada ku kisah!"..

1. Purata Pengguna Memiliki 130 rakan
 Wanita memiliki lebih ramai kawan berbanding lelaki & kebanyakkan orang hanya kerap berinteraksi antara     3-7 orang sahaja.


2. Lebih 25% pengguna telah ditinggalkan kekasih via Facebook

Pada Jun 2010 kajian survey daripada 1,000 orang pengguna Facebook, 70% terdiri lelaki mendapati  25%  mereka telah ditinggalkan kekasih melalui Facebook (via mengemaskini status perhubungan mereka). 21% berkata mereka akan mengakhiri perhubungan mereka via menukar status hubungan mereka di Facebook  kepada "single." Namun kajian ini mendapati majoriti  tidak berpisah melalui Facebook.

3. Facebook melarang gambar penyusuaan ibu
Pihak Facebook telah mengundang kontroversi kaum ibu dengan menarik balik gambar penyusuan bayi oleh kaum ibu di profil mereka dengan alasan terlalu 'mendedahkan'. Namun ia tidak pula menghalang individu bergambar seksi dengan bikini, 'topless' malah menerima iklan berbayar laman web 'dating'.  Hmm.. ntah la lu pikir sendiri!

4. Facebook punca 1-5 penceraian   
1 daripada 5 kes pencerian melibatkan laman sosial Facebook menurut kajian American Academy of Matrimonial Lawyers. Lebih mengejutkan 80% peguam kes cerai melaporkan bilangan kes melibatkan media sosial untuk bukti kecurangan semakin meningkat. Alahai dunia..

5. Al Pacino merupakan 'face' pertama Facebook
Pelik tapi benar pelakon Al Pacino merupakan muka asal 'ori' Facebook pada 2007, ni menurut David Kirkpatrick’s The Facebook Effectia merupakan wajah AL Pacino sewaktu muda.

6. 36% Pengguna semak Facebook, Twitter selepas hubungan seks
Pada Oktober 2009 kajian oleh Retrevo menyatakan jaringan sosial menjadi semakin penting dalam kehidupan golongan muda. Antara berumur 35 tahun ke bawah, 36% mengaku "tweeting, texting & buka  Facebook selepas hubungan seks", 40%  pula mengaku melakukannya sewaktu memandu, 64%  sewaktu kerja, & 65% menggunakannya sewaktu bercuti.

7. Lebih 350 juta orang mengalami ketagihan Facebook (FDA)
Facebook Addiction Disorder (FDA) istilah diperkenalkan oleh ahli psykologi Amerika kepada mereka yang ketagih Facebook & memberi kesan kepada kehidupan mereka akibat  sukar mengawal aktiviti di laman sosial tersebut. Antara kesan & simptom paling kerap adalah kehilangan produktiviti, kesukaran memberi tumpuan, sahabat maya 'palsu' malah paling kes ektrem pengasingan diri.

8. Pengguna Facebook mempunyai keputusan gred rendah berbanding bukan pengguna
Menurut kajian pada 2009 oleh calon doktor Aryn Karpinski dari Ohio State University & rakannya Adam Duberstein dari Ohio Dominican University, mendapati pelajar kolej yang menggunakan laman  sosial tersebut mempunyai  keputusan purata gred rendah paling ketara (GPAs) berbanding mereka yang tidak menngunakannya.

9. Burger Kings beri burger percuma kepada pengguna Facebook yang memadam rakan mereka
Pada Januari 2009, kempen iklan dari Burger King “WHOPPER Sacrifice” memberi ganjaran pengguna Facebook burger “Angry Whopper” percuma dengan memadam 10 rakan. Kempen tersebut telah berjaya memadam 250,000 rakan. 

10. Lelaki ditahan kerana mengajak anaknya 13 tahun untuk seks melalui Facebook
Ini merupakan jenayah yang paling teruk, seorang bapa dari Pennsylvania ditahan kerana tuduhan mengajak anaknya berumur 13 tahun mengadakan seks melalui Facebook. John Forehand, 39, menggelar dirinya "Bad Daddy" berbalas mesej dengan anaknya di mana secara terbuka mengajaknya mengadakan hubungan seks. Remaja memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya & terus laporan polis dibuat. Pihak polis telah berjaya memperdaya lelaki ini sehingga mempercayai akan berjumpa dengan anaknya. Mental beb...