Friday, November 26, 2010

TIPS 1ST DATE

2 comments
Ngedate ya..Hmm.. 1st Date; banyak  juga yang  terlintas di pikiran, apa nak pakai, mana nak pergi, apa nak cakap, apa nak dibuat & apa yang jangan dibuat. Semua ini tekanan untuk nak bagi impresi yang baik. Ini ada sedikit tips buat anda 1st ngedate... 
 

Semoga Berjaya!

Wednesday, November 24, 2010

HIP HOP PANDA

0 comments
Hey! Kengkawan saksikan Hip Hop Panda.. di tempat berhampiran anda! Horey! (hmm...) Tengok saje lah!

Thursday, October 7, 2010

Koleksi Aksi Payudara Menarik

1 comments
Payudara@buah dada@boobs! Semua wanita memilikinya (ni yang buat lelaki 'irihati') namun bukan semua wanita dapat buat 'trick' ataupun mempunyai bakat dengan aset berharga mereka ini. Ini merupakan  sebuah dedikasi khas istimewa buat wanita yang mempunyai kebolehan dengan payudara mereka di luar kebiasaan. Saksikan dan nikmati video ini dari wanita seantero dunia dengan bakat teristimewa mereka..


1. Ini dia model Masuimi Max menunjukkan bakat wayang payudaranya.. saksikanlah! 



Momento 12/11/2005 .


2. Benar atau tidak? Saya cuba fikirkan yang  ianya palsu..




3. Payudara pembuka botol.. skill nih..




4. Anda fikir ni tak berguna.. hmm..kira untuk praktikal jugak nih..





5. Kira berbakat juga la nih..





6. 4 minit aksi pancutan krim buah dada Kate Perry.. Sungguh menakutkan..





7. Aksi menarik di konti..




Saturday, September 25, 2010

Wanita Paling Cantik Diciptakan

2 comments
Ini dihasilkan melalui komputer mengabungkan imej wajah -wajah Angelina Jolie, Anne Hathaway, Charlize Theron, Elizabeth Cuthbert, Hilary Duff, Jennifer Love Hewitt. Jessica Alba, Jennifer Biel, Kiera Knightly, Kate Bosworth, Kristin Kreuk, Mandy Moore, Megan Fox, Monica Belluci, Natalie Portman, dan Scarlett Johansson. Untuk melihat proses penggabungannya dihasilkan - saksikanlah sendiri... 

Cantik ker?


Friday, September 24, 2010

Manusia Paling Malas

0 comments
Anda rasa malas.. lihat kategori di bawah adakah anda tergolong sewaktu dengan mereka-mereka ini...

Malas tapi kreatif dan perlu dipertingkatkan usaha murni itu..
Nak surf tua-tua nih baik guna pengayuh.. kenapa tak berkayak sekali atuk nyer
Nak pesan makanan segera pon kena rehat sekali-sekala
Bersiar bersama haiwan peliharaan.. baik kasi lepas kan senang
Minah ni bangun tidor terus pergi pasar nak beli sayur lobak masin
Nak pegi demontrasi protes pon malas..baik tak payah nek oii..
Sapa-sapa nak potong rumput bole panggil kita orang..
Minum pun siap ada kasi orang tuang kat mulut.. malas nk tuang beer sendiri
Padam api pun kena rilek jugak bro.. minat jadi abang bomba tak?
Nak bersenam tapi malas pulak nak naik tangga
Malas nak beli setem..siap kasi mat posto duit tips lagi tu..
Nak mengemis malas jugak bang.. tolong yer..
Nak kencing kat tandas pun malas..baik kencing dalam seluar
Nih apa punya kerja..tahi pun 'gohead' jugak ker..
Sah! Memang Pemalas + Pengotor..
Malas sudah aku menulis .. lu pikir sendiri!

Sunday, August 22, 2010

Serangan Jerung Bahagian 3

0 comments
Boleh datang sanggap ape lawak nih...

Serangan Jerung Bahagian2

0 comments
Bole tagged team pulak... alahai.. lawak la bodoh la pulak..

Serangan Jerung Bahagian1

0 comments
Err.. ataupun Beruang...

Friday, August 20, 2010

Evolusi Kostum BATMAN

0 comments
Pilih mana satu korang minat? Ini merupakan himpunan gambar evolusi kostum Batman sejak awal (macam nak pegi parti) hingga lah terkini. Waktu diantara era pertengahan Batman nampak sedikit pelik dengan design nya yang ntah macam banyak eksperimen & untuk dijual sebagai permainan patung aksi. Bagi gua la, gua minat kostum yang terkini.. Cool!


Friday, July 2, 2010

Seni KFC

4 comments
Kita ni sering diingatkan oleh mak bapak kita.."jangan main ketika makan", "Jangan main barang makan..tak baik, rezeki tu!".. tapi yang yang ni gua salute abis la gan mamat atau minah mana yang kreatif bangang, yang terlampau rajin (dah tak de kerje buat la beb) buat benda ni..seni tulang ayam KFC.. TAHU TAK SAPA PUNYE KERJA NIH?


Tuesday, June 29, 2010

Cara Melamar@Break Up..Baik Punye

3 comments
Suspen jugak dibuat nyer.. Cara terbaik untuk buat satu kejutan..kira boleh guna pakai idea nih.. ekekeke.. Ada berani buat ini macam ka.. gerenti kecoh satu kampung.. Bak kata Ah Chong lowa puntung "gila punya olang!"..



Pergh.. Astalavista Baby!

Thursday, June 17, 2010

FAKTA MENARIK MENGENAI KENTUT

0 comments

1. Manusia mana yang tidak pernah kentut?

Jika anda boleh kentut tidak berbau dan tidak berbunyi, itu pun sudah cukup bagus. Tapi sebenarnya ramai orang jadi pening bila menghidu bau yang tidak diundang itu, termasuklah siapa yang kentut. Mungkin juga sebahagian melodi lagu diilhamkan dari bunyi kentut yang berbagai-bagai..

2. Adakah kentut satu musibah?

Kentut adalah satu nikmat duniawi. Rasa puas dan lega setelah angin yang memberontak itu keluar memang sukar dibayangkan. Mungkin juga memalukan jika anda terkentut yang berbunyi kuat semasa berada di majlis rasmi, oleh itu letakkanlah kentut pada tempatnya yang betul.

3. Dari mana datangnya gas kentut?

Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

4. Apakah yang membuatkan kentut busuk?

Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus.
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

5. Kenapa kentut menghasilkan bunyi?

Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

6. Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?

Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

7. Berapa kali seseorang itu kentut sehari?

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

8. Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?

Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

9. Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?

Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

10. Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?

Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

11. Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

12. Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

13 .Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi kentut?

Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

14. Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

15. Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

16. Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

17. Adalah kura-kura kentut?

Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

18. Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

19. Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

20. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?

Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

21. Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

21. Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

22. Adakah kentut mampu membunuh?

Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

23. Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?

Makanan yang pedas dan berempah.

24. Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?

Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

25. Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

26.Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?

Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

27. Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?

Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.