Nadya Suleman, 33 di Whittier, California US sebelum ini menjadi tatapan yang mengisi dada akhbar di seluruh dunia setelah berjaya melahirkan kembar lapan. Namun, semua itu menjadi hangat bila mana orang ramai mengetahui tentang kehadiran enam lagi anaknya yang terdahulu & bagaimana beliau akan menjaga kesemua 14 anaknya. (kira glamer tahap artis juga la die nih..)
Nadya mendedahkan kesemua 14 anaknya datang daripada ayah yang sama, iaitu David Solomon, sebagai penderma sperma. Solomon tidak pernah ditemui mahupun berhubung dengan Nadya sejak kelahiran kembar lapan itu.
Nadya sememangnya sejak kecil lagi bercita-cita mengidamkan keluarga yang besar.(hmm...) Dengan lahirnya loteri kembar lapan ini dalam keluarga sedia adanya, Nadya bertegas "Saya sudah puas melahirkan anak. Keluarga saya sudah sempurna dan saya tidak mahu apa-apa lagi perubahan."
Gambar Nadya 8 hari sebelum melahirkan loteri kembar 8 nye (oh ye gambar ini mengingatkan saye pada siri kartun MTV’s The Head)
Tapi bukan semua orang menyokongnya memiliki sehingga 14 orang anak melalui semaian in-vitro. Nadya sudah menerima 500 ugutan bunuh melalui surat, e-mel dan poster. Malah ada juga yang menjerit-jerit di depan rumah Nadya dengan mengatakan ibu dan anak-anaknya itu patut mati.
Dia juga melancarkan laman web sendiri bagi meminta derma daripada orang ramai The Nadya Suleman Family. Boleh pulak gitu. Nadia kini tinggal & dibantu oleh ibunya Angela, & pembantu rumah, Aracelli. (Think of it, ada orang sanggup buang anak, sedangkan ada orang mahu anak.. entah apa nak jadi da..)
So ,apa pandangan ANDA tentang Nadya & anak-anaknya.